Bersama mereka

Assalamualaikum..

Hari ni Cik lia p keja,tapi esok cuti balik sebab sulong balik.Bahagia-bahagia.Tadi p keja,Cik lia bawa motor,malas nak bawa keta,lelok nak sampai kat dengan epot,hujan lebat selebat-lebatnya.Habis lencun.Sampai ja kat tempat keja,tak da ruang yang tak basah,semua basah,sejukkkk...
Peh tu nak jadikan citer,mak sedara Cik lia ni tinggai kunci kedai kat kakak kedai sebelah,dia pula mai lewat,nahaiii.Malang-malang..Lebih kurang 30 minit juga la tunggu dia,sampai tudung kering.Lelok masuk dalam kedai,kemas kedai cepat,amik duit,p beli seluar,tukar seluar,balik kedai,amik baju dalam kedai,terus salin.Haaa..terus ok.Kira semua baru lar,hi3
Dah selesa,mula la tarik kerusi dan mula la aktiviti berkumpulan,berkumpulan la sangat kan,padahal berkumpul.Peh tu,mula lar,kawan-kawan kedai lain,mai tanya napa Cik lia lama tak p keja,hi3
Tapi memang enjoy dengan depa.

kakak-kakak yang best

Ok..Cik lia nak citer pula,Khamis minggu lepas keluar denagn BFF Cik lia yang awesome.Kami p makan-makan ja.Nak jadikan citer,mak sedara Cik lia minta Cik lia tolong jaga kedai jab sampai 1.30 p.m,Cik lia setuju,sebab nak keluar dengan BFF Cik lia lepas Zohor,pikul 2p.m,BFF Cik lia mai kat tempat keja dan mula gerak balik rumah Cik lia.Peh tu,Cik lia jadi kelam kabut sikit sebab orang tunggu,sampaikan cari inner pun dah tak jumpa,habis la cari,sampaikan BFF Cik lia tolong cari dalam bakul baju Cik lia,cari punya cari,rupanya mak Cik lia basuh dan ada kat penyidai,tak tau la macam mana boleh mak basuh sebab Cik lia bukan pakai lagi.Sejam juga la Cik lia bersiap.

Lepas tu kami mula gerak ke KR Jeti Kuah,dalam 15-20 minit ja,dalam keta,macam-macam cerita ada,memang best..Riuh,macam ada 30 orang ja,padahal kami 3 ja.Hihihi
Sampai ja,terus kami pilih tempat,orang agak ramai lar hari tu.Tapi tetap privacy.
Kami mula order dan mamat yang amik order tu boleh gelak bila Cik lia minta aromatic rice 2,haish adik...Napa awak gelak haa,akak lapar tau,apa pun tak makan tau dari pagi.Bila makanan dah sampai,kami makan,bergambar,menyembang,balik dan singgah beli jus karot, k.tiau sup dan rojak untuk dibawa balik.
Kira hari tu,kami tak p mana sangat pun,sebab dah lewat,sebelum pukui 7p.m kami dah kena balik hokehh..
Jom layan gambar-gambar kami..wink..wink

my mak cik yang cantik

Cik lia

Cik lia dengan Eila yang baik

Tengok gambar ni,tingat kat mamat order tuh

Eila yang super cantik

BFF

KAMI

Cik lia dengan MRS ONE







Hari Hari Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat hari raya..maaf zahir dan batin..Cik lia terlambat sikit nk wish,tapi tak pa kan..raya kan sebulan.

Tahun ni Cik lia sekeluarga memilih tema kaler pink.Ayah yang bagi cadangan.Terbaiklah ayah sebab pilih kaler febretos Cik lia..hi3

Raya tahun ni macam besa,pagi-pagi Cik lia akan bantu mak di dapur,lepas solat subuh,terus la masak nasik minyak serta lauk-lauknya.Tak banyak mana pun lauk yang kami buat,setakat sambal tumis,telur dadar,dan juga ikan masin yang sedap,mak Cik lia buat sendiri,kalau ikan masin yang beli kat kedai,Cik lia kurang gemar sebab masin yang amat.

Lepas masak,Cik lia siap-siap,letak makanan dan susun atas meja,nanti senang,orang mai,terus makan.Selalunya,kalu pagi raya,jiran-jiran Cik lia akan mai sarapan kat umah Cik lia.Jiran-jiran memang macam darah daging sendiri dah.

Bila dah sudah buat keja,Cik lia dan kakak siap-siap tunggu orang mai umah.Lepas mak yah balik dari masjid,kami sekeluarga p ziarah kubur arwah abang Cik lia,tok wan dan pak su.SEdih..sobss..
Lepas tu,kami p umah tok Cik lia,tok Cik lia ni bukan ingat apa-apa dah,kami pun dia tak kenai,yang dia kenai,bibik-bibik dia ja.Bila mai umah tok Cik lia,senang.kat situ boleh meraya dengan mak-mak sedara terus,umah depa tepi umah tok Cik lia ja.

Balik ja meraya dari umah tok Cik lia,selesaikan apa yang patut,kami dua beradik yang bertuah ni,elok ja masuk bilik Cik lia,kami tidur sampai nak dekat asar.huyooo,mengatuk kot.Kami boleh terjaga pun sebab ustazah Cik lia yang Cik lia panggil umi kol.Umi kol cakap dia kat Jeti Langkawi,dah nak balik dah pun.Umi kol sebab dia heran Cik lia tak ucap apa pun kat umi.Allahuakhbar..Cik lia terlupa,Cik lia terlupa nak ucap dan minta maaf kat semua cikgu-cikgu Cik lia.Maaf cikgu-cikguku sayang

Tengok ja jam,lahai..Cik lia terus amik tuala dan p mandi.Lepas ja asar,terus p umah BFF cik lia,Cik lala..
Mak BFF Cik lia buat mee rebus yang CiK lia suka.Sedap,tak penah jumpa mee rebus sesedap tuh.Wuik Cik lala,nanti kalu kawen,tak payah buat nasik dah,buat mee tu ja.
Cik lia makan sampai dua tambah,tak da malu dah orang,janji terubat rindu.Dah nak balik,mak BFF cik lia ni bagi duit raya dan yang terbaiknya,dapat bawa balik mee rebus tuh..weyhhhh..macam nak lompat-lompat,punya suka dengan mee tu haa...

Tahun ni raya,Cik lia p umah tok dan juga umah BFF Cik lia je lar.Nak p umah BFF sorang lagi,tak sempat,masing-masing ada keja.Last sekali,kami keluar p tempat lepak kami kat Kenny rogers.Situ ja yang best untuk kami yang suka bersembang dan suka makan ayam.Hihihihi
Nanti Cik lia citer pasai p KR tuh.. :)

pagi raya
cik sheyda bam-bam

wiz my lovely mom..dekat rumah kenduri..nak balik dah

ni gambar semalam,baru balik kenduri

bergambar dulu sebelum masuk dalam rumah,tak da kerja :)



Berwajah Baru

Assalamualaikum..

Sekarang dah pukul 2.26a.m.. Cik lia belum tidoq sebab rasa dah terlebih tidoq dah..

Lepas Cik lia online fb dan tengok Video budak mc 5 hari tuh,tergerak hati nak melawat kawasan blog Cik lia..Bila buka ja,wahhh...sangat terkejut..Dah berwajah baru..Cik lia sangat happy ok..Cik lia soh junior Cik lia tolong "renovate" blog Cik lia..Junior Cik lia ni pun blogger gak..

To Mijan..
Terima kasih mijan..Kak Milia sangat suka dengan wajah baru ni..Terima kasih sangat-sangat..
Nak soh belanja pa ni??Jangan segan-segan,gtau ja kat kak Milia..Tapi gtau awai-awai,jangan bila dah terbang ke Kota Kinabalu,baru nak gtau..

Nekad! Lepas buat entry ni,nak tidoq,esok nak kua beli barang dengan mak lagi.
Oh ya..Cik lia happy sangat hari ni sebab mak Cik lia belanja cincin belah rotan kat Cik lia,mak memang memahami cita rasa Cik lia.Paaandai mak pilih,bila Cik lia tengok,terus berkenan.Kira jatuh chenta pandang pertama lar.. :)

To my kakak-kakakku sayang,
Jangan jeles hokey..Hampa nak cincin,beli sendiri..hihihi
Jangan lupa,letak duit raya siap-siap dalam sampul yang comel lagi gojes..hahaha

Disebabkan Itu

Assalamualaikum

Hari ni ada sesuatu yang membuatkan Cik lia sangat malu plus sedih..huhuhu

Tadi lepas zohor,Cik lia dengan kakak sulong dan juga anak sedara Cik lia keluar p beli sedikit barang,kira coping juga lar. Cik lia nak beli sandal.Hurmmm..lupakan pasai tu dulu,nanti Cik lia cerita lain. Sekarang Cik lia nak citer satu citer yang buat Cik lia sangat malu plus sedih.

Cik lia p popular tadi,nak cari novel baru keluar,bila Cik lia baru je nak langkah masuk dalam popular tuh,alat pengesan tuh bunyi,peh tu terus la pak guard tu serbu ke arah Cik lia,peh tu semua yang ada kat situ,tengok Cik lia,peh tu pak guard tu cakap,"takpa miss,u masuk ja"..peh tu Cik lia cakap,"ekh,pasepa bunyi ha,saya baru ja nak masuk ni",pak guard tu senyum ja..

Masa dalam popular,Cik lia cari-cari novel yang Cik lia nak tu,tapi takda,dalam dok cari tu,Cik lia perasan macam ada orang dok ikut,alih-alih,tengok pak guard tu dok ekori Cik lia,Cik lia dah rasa lain dah,tup-tup,dia minta novel yang tengah Cik lia pegang tuh,Cik lia cakap kat dia,"ekh,bak la balik novel tuh,saya nak p bayar",peh tu dia bagi balik kat Cik lia. Cik lia p la bayar novel Cik lia tu,lepas bayar,Cik lia masukkan dalam beg coping tuh,campur sekali dengan buku-buku latihan anak sedara Cik lia yang kakak sulong dah bayar tu,lelok Cik lia nak kuar dari popular tuh,alat pengesan tuh bunyi lagi,haiyakkk...Semua orang dah tengok Cik lia,pak guard tadi terus serbu Cik lia dan ambik beg coping Cik lia,masa tu dah rasa macam nak nangis dah,nangis bukan kerana takut tapi malu.Cik lia tak curi dan Cik lia tak pernah curi,mak ayah Cik lia tak pernah ajar Cik lia buat macam tuh.

Pak guard tuh bawa beg coping Cik lia ke kaunter,bawa keluar semua barang Cik lia termasuk baju yang Cik lia beli kat tempat lain tadi(ye lar kan,popular mana ada juai baju,hihihi).Dia cek semua peh tu,dia cakap,"ekh,semua dah bayar ni".Peh tu dia buat muka tak pueh hati,Cik lia pun cakap dengan agak kasar sikit,"nah,ambik handbeg saya dan cek".Dia tak nak tapi Cik lia sendiri bawa keluar semua barang-barang Cik lia dalam handbeg tu yang hanya ada 2 bijik henfon,purse,air minute maid(bukan Cik lia punya,anak sedara punya)dan juga kad parking.

Bila Cik lia bawa keluar semua tuh,muka dia terus berubah,cashier tu cakap,"miss,takpa lar,bukan salah u,mungkin ada bar kod dekat barang-barang u kot.Bagi sini handbeg miss,saya nak scan,supaya tak bunyi lagi".Lepas scan,Cik lia cakap,"kompom ke awak,takkan bunyi lagi ni,buat malu saya jer."
Dia cakap"yer miss.Takkan bunyi lagi,jangan risau k"

Memang betui,tak bunyi dah,thanks cik Cashier,tapi Cik lia dah malu,huhuhu.Lelok melangkah keluar dari popular tuh,Cik lia bawa keluar sekali lagi barang-barang Cik lia,Cik lia nak cari juga bar kod,cari punya cari,tak jumpa,Cik lia terus terfikir nak cari dalam purse yang kakak Cik lia hadiah tuh,purse tu dah lama cik lia tingin tau,last-last dapat bulan April hari tu,thanks adik sebab bagi benda yang maksu nak..Opss..Berbalik pada cerita tuh,godek punya godek,Cik lia terjumpa dalam kain yang ada brand purse Cik lia tuh..

Yang Cik lia heran tuh,Cik lia dok keluar masuk jusco or coping complex lain,takda la bunyi alat pengesan tuh,awat tah rini p popular bunyi pulak.Jadi bahan tontonan orang,mesti orang pk Cik lia mencuri kan...
Malunya............T_______T
Dan..purse tuh memang kakak Cik lia beli dan bayar dan resit tuh masih Cik lia simpan,tapi sayang,Cik lia simpan di rumah di Langkawi nu haa..

Nasi goreng Ikan Bakar

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa tau..ekekeke

Hari ni cik lia sekadar nak kongsi resepi juadah berbuka puasa  pada hari ni. Cik lia dah tatau nak makan apa,jadi cik lia masak simple ja..

Cik lia masak nasi goreng Ikan bakar.Tetiba rasa yang ni mudah masak dan memang cik lia tingin nak makan banyak hari dah.Nak masak hari sebelum-sebelum ni tak boleh sebab abang ipar Cik lia ada,kalau dia ada mesti nak masak yang vavavom punya..Ye lar,dia p kursus makan makanan yang tak bapa best macam kat umah ni ha..

Ok..meh sini cik lia nak habaq macam mana nak buat nasi goreng ikan bakar..

Bahan-bahan:
Nasi(dah nama pun nak buat nasi goreng,mesti guna nasi,takkan nak guna mee pula kan??)
Ikan bakar(selalunya guna ikan yang banyak isi,tadi cik lia guna ikan tongkol,amek isi dia ja tau)
Bawang merah(1 ulas ja)
Bawang putih (4 ulas)
Cili padi(4 biji,kalau nak pedas lagi,tambah lagi cili tuh)
Sedikit belacan
Lobak merah
Kacang Panjang
Garam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan,cili padi dan garam sampai lumat..Kemudian,panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.Apabila bahan yang ditumis tadi sudah kekuningan,masukkan isi ikan yang telah dicarik-carikkan.Bila dah gaul sebati,masukkan nasi dan lobak merah dan kacang panjang.Bila nasi tadi dah mula keluar asap(bukan asap yang hangus tu hokeh)yang kecik-kecik tu,itu tandanya nasi goreng dah siap masak..
#Boleh dimakan dengan ikan goreng dan timun.

Simple ja kan??Resipi ni sangat sesuai untuk orang single macam Cik lia ni..hihihihi

Hari Tiada Kerja

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari kelapan umat Islam menjalani ibadah puasa. Mesti dah ramai sibuk nak buat persiapan raya kan?? Semalam masa Cik lia keluar jejalan seharian,ramai betui orang memenuhi coping complex,jenuh juga nak cari parking,memang menguji kesabaran lar.

Semalam Cik lia keluar jejalan dengan kakak cik lia yang nombor dua tuh,kakak yang sulong tak nak join sebab dia letih. Ye lar,kena keja shif malam,dia cakap ramai yang sakit..Hmmm..Bulan posa ni kena lar jaga kesihatan sama k..

Pada mulanya,kami dua nak p cari baju melayu untuk ayah cik lia,cari punya cari,tak jumpa kaler yang kami cari tuh,yang jumpa baju-baju cik lia..Cik lia tak rancang pun senarnya nak beli baju semua tuh,tah tetiba ja mata jadi gelap,main angkut ja,nasib baik kakak cik lia ni baik hati,dia belanja cik lia,,banyak juga tuh,kalau mak cik lia dapat tau,mau bising gak tuh..hihihi..Terima kasih adik(panggilan untuk kakak cik lia),lain kali belanja lagi hokeh..kehkehkeh

Baju-baju yang cik lia beli semua besar-besar..Masa beli tuh,Cik lia main amek ja,sebab selalu beli saiz tuh,balik umah nak hantar barang dan berbuka,sempat cik lia test baju,memang nampak baju tuh besar sangat,takkan dah kurus kot,hahaha..

Lepas berbuka dan selesai semua yang wajib,misi kami diteruskan,mencari baju melayu,banyak juga butik yang kami terjah,payah betoi nak cari baju melayu yang kena dengan tema tahun ni..adess..penat..Last sekali,dalam pukui 11.30 malam,jumpa juga baju melayu,yang kemas jahitan yang bertepatan dengan kaler tema..Nasib baik,tergerak hati nak buang masa di kiosk yang dibuka sempena Ramadan dan Syawal di Bertam..

muka yang teruja nak coping 


bila pangai gila-gila dah mai
Sekarang tinggai nak cari sandal or pape yang berkaitan yang kaler koning atau biru..Rasa macam nak suruh kakak sulong belanja ja..hahaha..Bahagianya hati bila orang belanja..<3

Semalam memang cik lia rasa hari paling cik lia takda keja,jejaln dengan senang hati,balik rumah,abang ipar cik lia dah sudah masak..hihihi

~Ni entry pertama yang cik lia bawa masuk gambaq..8)
~Lagi enam hari nak balik rumah..hoyehhh!!!

Fobia

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

Sepanjang cik lia tak update,macam-macam yang cik lia alami.Ada yang buat cik lia fobia sampai hari ni..Bila tiba hari Khamis,Jumaat,badan cik lia seakan menggigil(bukan buat-buat hokeh)ketakutan.. Dua minggu lepas,hari Khamis malam cik lia kena serangan asthma,sepanjang cik lia umo 21 tahun,ini kali pertama cik lia kena serangan asthma,cik lia sangat takut..Cik lia rasa macam nak tinggal semua orang dah masa tu,cik lia panik sebab cik lia tak boleh bernafas.

Sebenarnya cik lia dah banyak hari rasa tak sedap badan,rasa nak demam,tak demam,memang rasa tak sihat ja. Dalam keadaan macam tu pun,cik lia tetap minum minuman berais,kira tak pantang langsung lar,peh tu batuk pun makin menjadi-jadi. Hari Khamis tu,masa kat tempat keja,tauke salah sebuah kedai kat situ buat kenduri,dia tapaukan cik lia makanan,peh tu ada la sayur petola,cik lia makan juga,sebab cik lia memang suka makan sayur,peh tu badan makin rasa tak sihat.Dengan rasa tak sihat tu,boleh cik lia p beli kacang cerdik a.k.a kacang pistachio sampai dua bungkus,peh tu batuk pun dah tak boleh kawal.

Balik kerja,memang cik lia dah rasa tak larat nak drive,tapi sampai je umah,cik lia amek motor dan ronda-ronda sekeliling kampung,cik lia nak lawan rasa tak sihat tu,bila malam je,cik lia borak-borak dengan kawan cik lia,kebetulan dia mai tidur kat umah cik lia,dia cuti sem,masa tu cik lia rasa macam susah nak cakap,susah nak nafas dah.Tapi...sempat pula,kami berdua pakai inai,sampai je pukui 12,kawan cik lia cakap.."Alia,mak su rasa  esok Alia kena p klinik la".
"tu la mak su,esok memang kami nak p,rasa tak sihat la"..
Peh tu kawan cik lia ni tido,cik lia pun rasa gelisah dah ni,peh tu cik lia sms kakak sulong,"kak,aku xboleh nafas la,nak bt cner ni?"
kakak cik lia balas,"tido bagi bantal tgi,xpn,cb nafas dalam plastik".
Tak sempat dah nak balas sms kakak cik lia,cik lia bangun p kat mak cik lia,"mak..tolong boh krim susu kambing ni sat",mak cik lia pun tolong boh la kat belakang cik lia..Dalam 5 minit kemudian,cik lia p lagi sekali kat mak cik lia,"mak...boleh tak kejut ayah sat,cek nak p hospital lar,cek rasa susah nak nafas ni".
Lelok mak cik lia kejut ayah cik lia,cepat ja cik lia cabut inai yang cik lia pakai,cuci,amek jeans,baju tetap baju tido yang cik lia pakai tuh,amek cardigan dan tudung,terus p hospital,sampai je Hospital,cik lia daftar dan terus masuk bilik kecemasan,masuk je,terus MA tu cek cik lia,dia cakap,saya kena bagi awak sedut gas,sila ikut saya..cik lia pun ikut dia,dia bagi cik lia duduk,tolong pasang benda alah tu kat muka cik lia,sempat cik lia tanya,bapa lama nak kena sedut gas ni,,dia cakap,dalam 20 minit,kenapa,ada orang tunggu ka??cik lia jawab,ayah..dia cakap,oh ayah,engatkan cik abang,sambil dia senyum..

Dalam pukui 2.45 a.m,cik lia sudah sedut gas tu,cik lia balik,peh tu memang cik lia rasa,cik lia la manusia yang paling sihat,sempat lagi sembang dengan kawan cik lia tu sampai tertido. Bila bangun ja,Allahuakhbar,cik lia rasa memang tak boleh nak nafas,lagi teruk dari malam tadi,cik lia dah tak boleh nak cakap pape dah,hanya mampu nangis je,mak ayah cik lia memang panik dan soh cik lia bersiap,sampai je hospital,terus masuk wad kecemasan,DR bagi sedut gas,bila dah sudah sedut gas,DR cek tahap kesihatan cik lia,dia cakap,masih tiada pape perubahan dan cik lia kena sedut gas sekali lagi.. Badan cik lia memang menggigil teruk masa tu,rasa nak pengsan semua ada,bila dah sudah,DR soh balik rehat dan cik lia pun dapat "buah tangan" yang banyak,kena makan ikut aturan masa yang tepat..

Sampai je umah,henfon cik lia,tak henti berbunyi,kawan-kawan tempat keja,tanya keadaan cik lia,kira setiap masa la depa nak tau perkembangan cik lia..Peh tu dah rasa sihat sikit,cik lia sms BFFs cik lia gtau,depa punya la risau..aww..sangat tacing k..

Peh tu,kawan-kawan tempat keja datang melawat,yang tak datang melawat,depa kol,sms,sangat terharu..
terima kasih kawan-kawan sebab amik tau pasai cik lia..


Flower boy ramen shop & Sebenarnya,saya isteri dia

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua..
Semoga kita semua dirahmati olehNYa pada bulan mulia ni..

Lama cik lia tak update,bukan cik lia dah lupa blog ni,tapi penat bekerja membatasi segalanya..sekarang ni cik lia banyak memohon kerja di agensi-agensi kerajaan,doakan cik lia dapat nah..

cik lia sekarang ni ada di Penang,kena teman kakak sebab abang ipar cik lia p kursus,2minggu cik lia kena dok sini,berpuasa di sini..huhuhu

ok la..berbalik pada tajuk entry ni,sepanjang cik lia dok sini,cik lia rajin ikut citer korea ni ha,Flower boys ramen shop ni pada pukui 12p.m smp 1p.m..syok oo citer ni,lucu-lucu gitu..best wookk..peh tu hero-hero dia pun jambu-jambu ja..hahahaha

peh tu bila lewat malam,sebelum tido,cik lia layan novel,Sebenarnya,saya isteri dia,citer dia pun best,tak da konflik yang berat sangat macam sesetengah novel yang cik lia baca tuh,memang pueh hati dengan jalan citer dia..cik lia dok bayangkan muka hero dalam novel ni macam muka hero dalam citer korea tu ha..nama watak hero ni,Firash Arshad,dia tinggi,putih,umo 21 tahun(sama dengan cik lia,hihihi),lucu,bertanggungjawab dan sukar kawal perasaan dia..memang best la novel ni..

heroin dia pula,Syafa Aqira,cantik,tinggi tapi rendah sikit dari Firash,putih,umo 25 tahun,kelam kabut dan suka berbalas kata dengan Firash,,yang ni pun cik lia diok bayangkan orangnya cantik macam kakak Amoi Heaxa..

 citer korea dengan novel ni memang best,ada unsur humor yang menghiburkan hati cik lia bulan puasa ni,yang membuatkan cik lia tak bosan..

#tak sabar nak berbuka puasa dengan mak ayah..rindu depa sangat-sangat..

Engkaulah Segalanya

Assalamualaikum

selamat hari ibu cik lia ucapkan istimewa buat mak cik lia,kakak cik lia,ibu,umi,mama,mummy di seluruh dunia dan juga untuk bakal mak mertua cik lia..hahaha..(tetiba ja cik lia jadi gedik)

mak.....
maklah mak yang terbaik didunia nih
mak..
maklah isteri terbaik untuk ayah didunia dan akhirat kelak..
mak...
terima kasih sebab membesarkan cik lia adik beradik dengan didikan yang sempurna
mak..
terima kasih sebab menyusukan cik lia
mak..
terima kasih sebab terlalu banyak berkorban untuk kami semua
mak..
terima kasih sebab jadi kawan kami adik beradik yang baik
mak....
terima kasih sebab ajaq cik lia masak sampai masakan cik lia jadi sedap(tiba-tiba rasa saham meningkat,haha)
mak...
terima kasih sebab selalu belanja cik lia
mak...
terima kasih sebab terlalu memahami cik lia..
mak...
maaf..cik lia sorang ja lagi anak mak yang belum berjaya..mak doakan cik lia berjaya nah..
mak...
maaf...cik lia selalu buat mak marah dengan cik lia
mak...
maaf..cik lia malas sikit..hihihi

kalau nak tau,mak cik lia la wanita tercantik di hati cik lia..cik lia sayang sangat dengan mak cik lia..kekadang cik lia terfikir,ada segelintir masyarakat kita mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak sehingga menghantar mak mereka ke rumah orang-orang tua,mereka tak sayangkah kat mak mereka,cik lia heran..sebelum mereka berjaya,siapa yang membesar mereka??tak terfikirkah mereka??sedih sekali bila cik lia fikirkan semua ni..betui orang cakap,seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi mampukah sepuluh orang anak menjaga seorang ibu..
engatlah,syurga dibawah telapak kaki ibu,jangan sesekali mengingkari arahan ibu kita selagi arahan itu belum bercanggah disisi agama..

#dalam hidup cik lia..mak ayah,kakak-kakak,anak sedara cik lia merupakan orang yang terpenting bagi cik lia..bangun jatuh cik lia,mereka tetap di belakang cik lia selain bff cik lia..
apa-apa pun yang berlaku,jangan sesekali membelakangi keluarga kita..

<3 saaaaayang mak...mmmuah..hihihi
terima kasi mak atas segalanya...maklah mak cik lia dunia dan akhirat...

cerita,cerita dan cerita yang tidak pernah habis

Assalamualaikum

semalam cik lia ada kata nak cerita pasai cik lia hangin satu badan dengan pengguna nombor maxis kan??meh sini cik lia nak cerita..

sejak dua menjak ni,ada lar sorang hamba Allah yang cik lia tak kenai,asyik ganggu cik lia..bila malam ja,mesti dia akan miskol cik lia sampai bateri henfon cik lia kurang,cik lia tak tau masalah dia apa..cik lia ada kol dia,dia dengan nada yang tak bersalah,tanya cik lia ni sapa..padahal dia yang ganggu cik lia hari-hari..cik lia dah tak tau nak buat apa,nak off henfon,cik lia takut,orang lain yang ada hal nak kol cik lia,mana tau,kot ada hal mustahak ke apa..aduss..bikin cik lia hangin dan panasss saja..
cik lia dah buntu nih..geram pun ya..cik lia tak suka marah-marah,nanti muka cepat berkedut,hihihi
tapi.........dengan apa yang terjadi,memang sikit sebanyak buat cik lia marah,habis lar muka cik lia berkedut nanti..haishh..kalau cik lia jumpa tau dia sapa,cik lia nak suruh dia p beli produk yang anti-penuaan,hihihi

oh ya,hari Ahad yang lepas,cik lia dah masuk kerja,masih buat part time,cik lia cuti seminggu,cik lia p melawat kakak-kakak cik lia di Pulau Pinang,best sangat,rasa hilang rindu kat depa tau..
masa hari cik lia masuk keja,cik lia dapat ole-ole dari KOREA,bukan dekat wooo,dari korea tuh,antara tempat yang cik lia teringin nak p,kalau ada rezeki,apa salah kalau kita melawat tempat orang kan..cik lia langsung tak jangka,kakak kedai sebelah tuh teringat juga kat cik lia..rasa terharu sangat,masa dia bagi,terus cik lia kiss pipi dia,hehehe,cik lia akan bertindak macam tuh bila cik lia  terharu dan gembira sangat..kalau nak tau kan,cik lia dulu,anggap,kakak-kakak kedai sebelah sombong,padahal,depa meeemang terbaik lar,sekarang nih cik lia dah manja habis dengan depa,ni depa baru balik dari Thailand pula,baru ja baru balik dari Korea,p Thai pula,untung lar depa boleh p merata,,jeles cik lia tau..hihihi

sekarang kan,cik lia dapat hobi baru,cik lia nak kumpui pemotong kuku tuh,alahai..tak sabaq nak cari yang comei-comei dan unik..nanti cik lia ada peluang,cik lia nak p cari..idea nih tercetus dari kakak kedai sebelah juga lar,dulu masa adik dia kawen,dia bagi kat cik lia pemotong kuku juga,orang lain semua dapat beg untuk simpan duit syiliing tu,cik lia ja yang dapat pemotong kuku..ni dia p Korea,dia beli cik lia pemotong kuku juga,jadi..cik lia nak start kumpui dah,rasa macam menarik ja..kalau orang bagi,macam best lagi kan,jadi..wahai sahabat-sahabat baik cik lia,sila bagi cik lia pemotong kuku kat cik lia nah,yang belum diguna lagi tau..kehkehkeh

ok lar..cik lia nak baca novel jab,tajuk Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah yang kelima..tebai ooo.1057 muka surat,caya lar..tak tau lar cik lia nak baca berapa lama pula,lately nih kesihatan cik lia agak terjejas..macam-macam ubat cik lia kena makan sekarang..doakan cik lia cepat sembuh ok..

lots of love,
cik liamilia






TAHNIAH,TAHNIAH,DAN TAHNIAH

Assalamualaikum...

cik lia nk ucapkan tahniah kepada my sis a.k.a my bff NUR AFIQAH MOHD PUZI...
tahniah sayang..tahniah..dah konvo dah pun..rasa macam baru ja u masuk UPSI..tak sangka dah tiga tahun kan u..sungguh cepat masa berlalu..tetiba ja rasa diri ini dah tua sangat..hiihi

cik lia rasa sedih sangat sebab cik lia tak berada dengan kawan baik cik lia hari ni. dulu,KAMI selalu cakap,kalau da hari istimewa kita berdua,dua-dua wajib ada..tapi bila tiba hari istimewa u hari ni,cik lia tak dapat hadir..minta maaf sayang..

apa-apa pun,cik lia tumpang gembira dengan kejayaan kawan baik cik lia yang sorang nih.
lagi gembira apabila tengok gambar-gambar konvo u..dan.........bila tengok dua keluarga bersatu,awwww...lagi bertambah gembira plus plus plus bahagia..haishhhh...tak sabaq rasa hati ni nak makan nasi minyak kawan paaaaling baik cik lia nih..hehehe

u......
u look so gojes la sayang bila u pakai baju tuh..saaaangat cantik..rasa macam dah boleh nikah terus dah tuh..hihihihi..kaler hijau tuh meeeeeemang sesuai sangat dengan u..cantik sangat la..tak leh nak gambarkan..pandai u pilih kaler..dan cik lia pasan sesuatu tau,necktie ur bulat,sama kaler dengan baju u..rancang ekhh??shuuuuker..shuuuker..cik lia harap sangat u dan bulat bersatu satu hari nanti..dan cik lia nak jadi orang penting masa tu..boleh tak??hehehe..tetiba ja cik lia nak menyibuk hal orang..ntah pape..hahaha

#wahai cik fieka~~i nak gambar u yang telah dicuci..i nak simpan dalam purse.. :-)
#menitis air mata gembira plus sedih bila tengok gambar-gambar bff cik lia konvo semalam..
#cik lia ngah hangin dengan pengguna nombor maxis yang sorang tuh...nanti cik lia citer hokeh??
#tetiba cik lia terpikir nak buat kejutan untuk seseorang..hhehehe..mudah-mudahan,menjadi la yer..


Diduga Sekali Lagi

Assalamualaikum...

pagi ni seawal 6.20,ayah kejut cik lia...
ilia......
ketot dah mati...

yaAllah..bila dengaq ayat tuh,rasa macam semangat cik lia terbang..bukan cik lia over ka apa,tapi itu memang betoi..
sapa ketot??ketot tuh kucing cik lia yang cik lia tatang hari-hari..sentiasa pantau dia,tak boleh jauh dari mata..tapi hari ni....
cik lia akan berenggang dengan dia buat selamanya..YaAllah..sedihnya..sapa yang bela kucing,yang sayang betoi-betoi kucing dia,dia akan tau macam mana cik lia rasa..
dulu..cik lia kehilangan oren,kali ni ketot pula..dua-dua manja dengan cik lia,sampai kakak-kakak cik lia kata,oren dengan ketot tu macam anak cik lia..
kemarin sebelum cik lia p keja,cik lia dukung dia,dia tido atas bahu cik lia,manja sangat..
peh tu masa kat tempat keja,cik lia rasa tak sedap hati,kebetulan cik lia sakit tengkuk,kakak-kakak kat tempat keja cakap,maybe masa cik lia tido,bantal jatuh..cik lia kol mak sedara cik lia,minta izinnak balik,bila sampai rumah..cik lia tanya mak ayah,,ketot ok ka??mak ayah pun terkejut,mak ayah tanya,pasepa pula,terus cik lia p cari ketot,tengok dia dah tak boleh bangun,hanya duk dalam bakul dia,masa tu cik lia dah mula nangis,mak ayah cakap,tak yah dok teriak la,ketot demam ja tu,,tapi hati cik lia kuat kata,ketot akan tinggai cik lia sebab dia dah kena serangan strok kali kedua..
sebelum ni dia kena strok,cik lia bawa p jumpa DR,DR cakap,otak dia kena jangkitan kuman,dah tak da harapan nak hidup,cik lia tak percaya,cik lia bawa balik dari klinik,cik lia bagi minum susu,ayaq nyioq,ayaq kangkung,jerlum badan dia,Alhamdulillah,dia sihat,badan pun makin gemuk,sampaikan DR yang rawat dia,tak percaya kata ketot dah ok..
semalam bila cik lia tengok ketot macam tu,hati cik lia reda,cik lia reda lepaskan dia dan janji tak mau teriak,tapi tak boleh....cik lia teriak juga..cik lia sayang dia..
lepas ni cik lia tak mau bela kucing dah kot,seksa bila depa dah mati...

#lahai hati..sabaqlah...

Penawar

Assalamualaikum...

hari nih cik lia sakit gigi..baru tak sat terasa sakitnya..sebelum balik keja..huhuhu..
terasa pipi ni macam makin mengembang,mak,kakak suruh cik lia cuti ja esok tapi cik lia tak nak..kalau duk rumah,sakit tuh makin melarat..boleh pulak macam tuh..hihihi
tadi masa baring-baring,tetiba cik lia perasan sesuatu..
dulu masa kakak cik lia ngandung sulong,cik lia sakit gigi juga,sampai bengkak pipi cik lia,bila p jumpa DR,Dr cakap,gigi cik lia tak da masalah,tapi cik lia suh cabut juga..ni kakak cik lia ngandung pula,cik lia sakit pula gigi,dulu kiri,sekarang kanan..kakak cik lia gelak saja bila bagi tau kat dia tak sat..dia cakap,tah-tah kali nih maksu nak dapat baby boy lagi kot..suka buli maksu..huhuhu
tak kisah la baby apa pun,janji sihat ja kan..
lelok cik lia update status kt laman sosial cik lia,ayah cik lia cakap,ilia,nah,posmen hantaq tadi..(sambil bagi satu bungkusan yang comey)
tadi masa cik lia balik keja,dah nampak hadiah tuh,tapi dok sekali dengan dokumen-dokumen penting ayah cik lia,tak da beran la cik lia nak sentuh..
bila ayah cakap cam tuh,terasa terbang sakit tuh tinggai cik lia jauh-jauh..magik..hihihi..cik lia memang jenis ni dah,suka hadiah..hihihi
terus cik lia tengok butir peribadi yang ada kat borang tuh,Allah,renyeh cik lia sampai tak leh nak tutup mulut,nak tau sapa hantaq??mesti la sayangss cik lia,NUR AFIQAH MOHD PUZI..terus cik lia jerit..ayah!!!! Afiqah hantaq la,,
terus ayah senyum,rindu kot kat anak dia yang sorang tuh,almaklum la,dah enam bulan tak tengok..
dengan eksaitednya cik lia nak buka hadiah tuh,plastik yang bungkuih hadiah cik lia yang berbalut comey tuh meemang menguji kesabaran cik lia,cik lia terpaksa koyak semua sekali,lahai...sayangnya..tapi tak pa,cik lia akan simpan juga pembalut hadiah tuh..
nak tau tak,cik lia dapat tudung bul-bul(sesuka hati je saya boh nama tudung tuh) kaler pink weyh,cik lia ulang sekali lagi,cik lia dapat TUDUNG BUL_BUL KALER PINK..aww...sweet sangat..dan cik lia bukan dapat satu tau,cik lia dapat dua,satu lagi cik lia dapat purse yang sangat cantik,nampak matang di situ..hihihi
kepada sayangss cik lia,terima kasih u..i suka sangat-sangat hadiah yang u bagi tuh,kecoh satu rumah i dengan sora i tadi tau..
i suka sangat hadiah-hadiah yang u bagi..tak sangka,i melawak ja,u dah bagi..moga dimurahkan rezeki,sayang..
i ada gtau mak tadi,9hb ni u konvo,i teringin nak p,mak senyum ja..tak tau la,senyum itu tanda apa..mesti mak faham betapa riindunya i kat u..dan betapa teringinnya i nak p di hari paaaling bermakna u..ahhhh..harap sangat i boleh berada di sana pada tarikh itu..
u....tahniah tau dengan result akhir ni,walaupun u tak dapat FLAT,u still dapat KONDOMINIUM..lagi canggih kan..hahaha
u..terima kasih tau sebab sudi jadi adik,kakak,sahabat,kawan,dan seangkatan dengannya..tempat u tiada sapa dapat ganti..walaupun kita jauh,di hati teeetap dekat...
u..jaga diri tau..pape yang terjadi,jangan cepat melatah,i tau,u bukan macam tuh..kekalkan sifat ceria u tuh..itu membuatkan u makin cantik,comel,aaayu...

#hadiah tuh merupakan penawar bagi sakit gigi cik lia tuh..terima kasih sahabatku dunia akhirat,NAMP..
nanti sayangss cik lia dah nak start buat bisnes juai tudung..nanti cik lia citer pasai nih ok...jangan lupa beli kat sayangss cik lia tau..hihihi

macam-macam karenah manusia

Assalamualaikum...

semoga semua sihat hendakNYA..Amin~~

wah..macam dah lama tak "menghupdate"..meh sini cik lia nk citer pasai pengalaman cik lia buat part time..bila cik lia keja ni,macam-macam karenah manusia cik lia jumpa..ada yang jenis mudah sangat dalam hal beli membeli nih..ada yang masuk dalam kedai,suruh saya pilih sepenuhnya,depa dok atas kerusi,tengok saya pilih..haish..lagak macam big boss..tp  macam mana pun,kena sabar banyak sangat..

peh tu kan,ada juga pelanggan jenis tak reti nak kesian kat pekerja ni..masuk lam kedai,buka plastik batik dalam lima belas lai,peh tu bila dah retuk sana,retuk sini kain batik tuh,longgok,keluar dari kedai..selai pun tak amek,fuhhh..penat..dengan nak melipat lagi,nak kemas,kering air liuq layan depa,sikit depa tak kesian..ye lar,tak kisah depa tak beli,sebab mungkin tak da rezeki kami tapi kesian lar,kalau tak nak beli,jangan main semak-semak kain batik yang cik lia susun bagaikan menara berkembar tuh..penat nak kemas tau,bukan senang nak jadi kemas balik..huhuhu

lagi satu,jangan la ingat kami ni penjuai kat kedai tuh murahan ok..ada lar pelanggan laki nih dari IPTA kat Malaysia nih mai kedai tadi,memang dia nih jenis bising,cerewet,cakap main lepas macam peluru tak berpandu lagi,ada ke patut dia panggil saya,"hoii mek",,terus saya cakap,"amboi bahasa"..terus muka dia berubah..peh tu dia mula bising dan tolong sepahkan kain batik,dia cakap,dia tak mau beli kat saya,nak p beli kat mak cik lain sebab dia kesian kat mak cik-mak cik tuh,saya kata kat dia ok,sebelum dia keluar,dia amek kain pelekat,siap buka lipatan,peh tu dia nak amek..kain pelekat yang dia nak amek tuh harga RM 14,dia amek dua,dalam masa yang sama saya sibuk layan kawan-kawan dia,tup tup,dia tarik tangan saya dan bagi duit dalam tangan saya,mak aiii..darah dah menggelegak dah ni,,senang-senang ja pegang tangan anak dara orang..
terus saya cakap,oiii,apa main tarik-tarik ni,tak da dah sopan-sopan macam tadi dah..senyum pun hilang,nak tau reaksi dia macam mana,dia boleh renyeh macam kerang busuk..wahh..panas eden..

dalam saya dok layan kawan-kawan laki tadi,dia mai pulak..masa tuh kawan-kawan dia dah nak keluar..naik meluat saya tengok dia,dia cakap,mek,aku nak beli kain batik kat ko la mek,senang citer..sambil dia gelak-gelak
dah semua orang keluar,boleh pulak dia diam dan serius memilih kain,kalau ada kawan-kawan dia,nauzubillah..mengalahkan sin chan,jahat..erkk..agak keterlaluan kah??hoho..lantak lar..
kawan-kawan dia baik gilos..sopan pulak tuh,dia sorang ja lain..menyakitkan hati..anak sapa lar tuh??
kawan-kawan dia siap doakan kejayaan saya lagi..terima kasih kakak-kakak,abang-abang..saayang hampa..hihihi

pendekkan citer,sepanjang cik lia bekerja nih,cik lia ramai jumpa orang dengan watak yang berbeza..ada yang boleh buat cik lia gelak,geram,semua ada lar..

oh ya,cikgu cik lia ada mai kedai cik lia kerja,dia cakap muka cik lia la ni nampak bahagia sangat-sangat..ooh yaka cikgu,cik lia rasa besa ja,mungkin cik lia rajin senyum kot..hahahaha
#perasan!!

maafku pinta~~

Assalamualaikum...

dah lewat dah sy buat entry kali nih..senarnya,saya tak dapat tido selagi masalah belum selesai..
citer dia cam ni,saya ada masalah dengan salah sorang geng saya masa form 6 ritu..bukan gadoh la,cuma kecik hati sikit..tak ada lar sampai cakar-cakar,tarik rambut tu..lepas tu,saya pun luahkan sedikit kata-kata di laman sosial nu,update status pasai hargai dan menghargai..bukannya saya nak "kawan" saya tuh hargai saya macam mana,sekurang-kurangnya,tegoq sikit dah la,ni tak,buat macam tak kenai..sedih oo..bayangkan sebelum dia sambung belajar baru-baru ni,saya la jadi pendengar setia bila dia ada masalah..bila dia p belajaq,semuanya dah berubah..baru sebulan p,lao setahun,tak tau la kan..tapi pape pun,saya doakan yang terbaik untukmu,"kawan"..harap,"awak" pandai jaga hati sahabat-sahabat yang lain ok..huhuh..tuh saya luah kat laman sosial milik saya tuh,supaya dia faham isi hati saya sebab saya yakin,dia pasti tengok status saya..

masalah yang buat saya tak tido lak ni,saya rasa sahabat paaaaaling rapat dengan saya dah salah faham..almaklum lar,dia jarang text dan kol saya,saya tau dia peenat keja..saya faham..tak da masalah la di situ..peh tu,tadi tengok kt laman sosial,dia da sebut pasai tuh,dan saya rasa 95% dia meemang terasa dengan saya..adesss..tolong lar,saya bukan tuju khas kat awak,,saya dah text dia kt fon tapi....
belum da respon..adusss..saya dah buntu,tak tau nak buat pa..kalau kami dekat,senang ja,lepas subuh dah boleh p kat dia,ni tak,nak p kat dia kena lalu hampir lima buah negeri,saya ulang lagi sekali,hampir lalu LIMA buah negeri,bukan lima buah rumah nah..
adusss...penat,sedih,buntu,semua ada dah ni...T_T

#awak..sya tau,awak akan menjengah ke blog saya nih..saya nak amek kesempatan nih,saya nak minta maaf,saya tak nak disebabkan nih,kita jadi jauh..dah la kenyataannya,meemang kita dah jauh..tapi di hati sudah semestinya deekat,,saya tak nak di hati pun jauh..saya minta maaf yer awak,saya sayang awak macam saya sayang family saya dah..saya harap awak ampunkan saya..awak dah salah faham..

malu + gembira

Assalamualaikum....

wah...cepatnya masa berlalu..dah nak masuk bulan April..moga bulan-bulan yang akan datang membawa rahmat dan kegembiraan kepada kita semua..Amin~~

saya nak citer nih..semalam,pak cik saya jemput makan kenduri,takda la pula dia gtau kenduri apa,saya ni nak tak nak ja nak p,peh tu mak saya cakap,ilia,ikut ja lar kami p kenduri tuh,lagi pun,takda sapa kat umah,,kebetulan,jiran saya pun keluar..nak tak nak,ikut juga lar..

***lepas maghrib***
lepas maghrib saya sambung baca novel dalam bilik..peh tu...
mak:ilia....buat apa,cepat bersiap...
saya:ok mak..
bila kuar dari bilik,tengok mak saya dah mula bersiap,saya pun tanya ayah,
saya:yah,boleh tak nak pakai seluaq jeans dengan t-shirt ja??
ayah:pakai ja lar
setelah dapat green light,saya pun amek inner dan cardigan,nak buat pilihan,bila pikiaq,inner lebih sesuai dengan t-shirt kartoon kapel tuh..bila semua dah siap,tengok mak pakai baju kurung,ayah pakai baju ala-ala ke masjid,saya pun mula cakap,alaaa...macam mana nih,cek sorang ja pakai baju macam nak p jalan-jalan nih,mak dengan ayah cakap serentak,alaaa..awatnya,kenduri kecik-kecik ja..
dalam perjalanan nak ke rumah pak cik saya tuh,lalu depan masjid,tengok ada ceramah agama,dalam hati,hadoiii..macam mana nih,kalau kenduri nih berunsur islamik dan besaq,mau malu nih..lelok ja sampai,hadoii..pecah peluh,tengok dengan ramainya orang,siap ada meja kerusi macam kat umah orang kawen tuh,bila jalan tuh,rasa macam semua mata tengok saya,lahaiiii..malu weyh..
bila dah sampai,ayah saya ke sebelah orang laki berkumpui,saya ikut mak ke tempat orang pompuan sedia makanan,bila kat situ mak cik-mak cik semua tengok,dalam saya dok menahan malu tuh,nampak sepupu saya dukung baby dia yang baru habis pantang tuh,saya pun cakap,mak...nak masuk dalam lar,nak p kat dik ida,nak tengok baby dia,dalam hati..lega sebab dapat lari dari jadi tumpuan orang ramai..sembang punya sembang,saya tanya sepupu saya,awat tak nampak cik sara(sepupu yang paaling rapat)pun,laaa...cik lia tak tau ka,dia dah bersalin pun,,saya rasa hepi sangat,tambah anak lagi sorang,walaupun bukan anak sendiri(jauh lagi perjalanan,toksah dok beranagan la cik lia oiii,hihihi)hati teetap gembira,tapi tiba-tiba sedih,adoiii...awat la cik sara tak gtau pun,dulu waktu dia ngandung,kerap kol walaupun dok jauh,huhuhu..dalam masa yang sama lam pala otak,positif cik lia,positif..mungkin dia busy,tu tak sempat gtau tuh..hihihi
peh tu mai la sepupu saya lagi sorang nih,tu la cik lia,kerap p Penang sangat,apa yang jadi kat sini pun cik lia tak jadi..huishh..mendalam..
lepas nyembang dengan depa,saya pun keluaq p kat mak nak makan,masa nak p amek makanan,sekali lagi jadi tumpuan,dalam hati,amboiiii..depa ni tak penah tengok orang ka,besa la kalau setakat pakai macam ni,bukan seksing pom..hihihi..
maybe pemikiran depa masih belum terima orang pakai macam tuh p makan kenduri,kalau sebelah luar,dah tak kisah pakai apa pun kan,sebab masa kat penang,ikut kakak p makan kenduri,ramai yang pakai seluaq..
lepas makan semua,saya p dekat mak lang saya,mak lang nih mak kepada cik sara tuh,
saya:mak lang......(dengan manja sekali,keh3)jom balik..
mak lang:awat?mak cik lia nak p dah ka?(dalam dok sebut nama mak,mak pun mai?
saya:dok ekh,cek nak ikut mak lang la balik,ayah dok baca doa lagi kat dalam umah tu..mak..boleh dak cek nak p umah mak lang,sat g,mak singgah la amek
mak:haa..p lar..
saya bermonolog(bahasa sastera tuh)Alhamdulillah,paham pun mak cek nak lari..
peh tu mak lang pun kata,jom,cik lia bawa motor,saya dengan tak bawa lesen,purse tinggai lam handbeg mak,bantai bawa motor,rempit kot kampung orang..keh3
janji,terlepas dari jadi tumpuan mata orang..hihihi
sampai ja umah mak lang,terus p dok tepi cik sara..
saya:amboiiii..cik sara,bersalin tak gtau no.sedih ooo..
cik sara senyum ja,cantik..
saya:cik sara,masa bersalin tuh,baby bapa kilo??sakit dak?susah dak nak bersalin??
cik sara:masa bersalin ritu,baby 3.5kg..tak sakit sangat,ramai orang kata cik sara bersalin senang..
saya::ooo..baby nama pa??
cik sara:mia soffiya..buka la kelambu tuh,amek la dukung
saya:ala...kami tak berani la cik sara,nanti patah tulang anak hampa sat g,kami ni kasaq sikit..
cik sara::elehhh..galak..
peh tu sembang-sembang,ayah mak pun mai,dok situ sampai pukui 12..
dalam hati saya,lahai...dah jadi mak orang dah sepupu aku nih,cantik lak tu,seri ibu bersalin kot..
happy sangat...tak sabaq nak tunggu baby kakak saya bulan 11 ni..baru entry lepas saya cakap anak menakan baru,dalam masa yang sama,mama linda cakap,dia pregnant,Alhamdulillah..harap semuanya berjalan dengan lancar..semoga anak-anakku sihat hendaknya..Amin~~
 

Alhamdulillah~~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni cukup la umo saya 21 tahun..(dah tua,huhu)
bersyukur padaMu yaAllah kerana masih beri peluang untuk saya menjalani kehidupan di muka bumi ini..InsyaAllah,saya akan cuba memanfaatkan peluang yang diberi oleh Nya..dan berharap sangat,dengan peluang yang diberi ini,saya dapat membalas jasa keluarga saya terutama kepada mak dan ayah tersayang..inilah impian saya yang betul-betul saya mahu tunaikan segera,..

kepada mak dan ayah...
terima kasih kerana membesarkan anakmu ini dengan didikan yang sempurna..maaf..anakmu ini sentiasa mengecewakan hati kalian berdua..insyaAllah,,anakmu ini akan menjaga kalian dengan sebaik mungkin dan akan mengubah sikap,cara hidup dan perkara negatif kepada positif...doakan anakmu yang bongsu ni berjaya dunia dan akhirat..moga mak ayah tak kan penah lupa doakan untuk anakmu ini..moga kasih sayang mak ayah takkan penah pudar untuk anakmu ini..saaayang mak dengan ayah..

kepada kakak-kakakku
terima kasih kepada kamu berdua kerana jadi kakakku yang terbaik..hampa berdua meemang best..maaf..maksu selalu sakitkan hati hampa..kekadang maksu letih,stress,,tu sebab maksu cakap ikut lepas..maksu stress sangat sebab maksu tak macam hampa,dah berjaya..sob..sob..sob..
maksu haarap hampa dua takkan penah lupa doa untuk maksu,,maksu harap hubungan adik beradik kita bertiga nih,kekal hingga ke syurga hendaknya..
psstt##untuk miss sheyda...buat la keputusan yang terbaik..maksu tau,makcik mesti ngah stress kan,,tapi pk la yg terbaik untuk masa depanmu..ada jodoh,ada lar..
untuk mama linda..cepat lar lahirkan baby yang cumil untuk kami..kami dah tak sabaq nak anak sedara yang baru..hihi

kepada sahabat-sahabatku
terima kasih kerana jadi sahabat saya yang best..terima kasih kerana sentiasa dengan saya..terima kasih kerana sentiasa buat saya epi,terima kasih sahabat..
maaf..kalau saya ada buat hampa terasa ka apa,maafkan saya..apa-apa pun..saaaayang hampa semua..
~~tetiba teringat kejutan yang dibuat oleh Nabila huda dengan Nur Hashila masa form 6 dulu,,nangis wey masa tu..hampa dua meemang pelakon terbaik abad nih..saayang hampa berdua..

kepada saya sendiri(gedik,haha)
berubah,berusaha,berdoa,bertawakallah..

#tak sabaq nak tunggu esok..moga apa yang dirancang,menjadi
#moga dapat pembimbing yang akan memperbaiki kelemahan diri..ekhh...handbeg,purse,kasut yang cumil macam neelofa buat,baju macam ramlah ram,,
#nak simpan ruang dalam perut untuk sabtu nih..seoul garden oohh seoul garden..keh3
#thanx bateri Energizer Bersaiz AA sebab wish birthday saya...

saya kembali!!

Assalamualaikum....

haaaaaachummm!!!
wahhh..penuh habuk la kat blog saya nih..berkurun la tak singgah ke sini..dah rindu bebenor dah ni..lappy saya dah baik tau,dah kua dari icu tapi jadi tak betui la pula..bila tekan space ni,huruf v kua baanyak sangat..tension wak..huhuhu

hermmm..result stpm sy dah kua,pointer meningkat siiikit sangat,sedih jugaa..dalam masa yang sama saya bersyukur juga lar dengan keputusan yang diperolehi...
sekarang ni,saya buat part time kat Beras Terbakar,ala kat tempat bersejarah tuh,,hihihi..tolong mak sedara juai kain batik,pelekat dan baju Langkawi..macam-macam karenah manusia yang saya jumpa,kekadang tu kan,sampai rasa nak nangis ja,ye lar,saya cakap lelok dengan depa,depa tengking-tengking saya,nak harga murah..bukan tak nak bagi macam depa minta tuh,kekadang tuh saya dah bagi harga modal kot,,kalau bagi murah lagi,gulung tikar la mak sedara saya..tapi pape pun,saya suka pulak buat part time nih,tak bosan,ada kawan..mak ayah tiap-tiap hari soh duk umah ja,,hehe..sori mak ayah,,
sekarang saya sedang bercuti,selama seminggu,dekat mana??opkos la kat Penang,mai sini jimat kos sikit,naik feri dan segala perbelanjaan ditanggung..tuh suka mai sini..keh3..lagi suuka bila,nak coping pun,orang belanja,saaayang la depa ni..hihi
bulan lepas saya p bercuti kat alor staq ngan perlis,duit banyak habis,,huhu,penat,sep soh orang bank in duit..lao mai sini,jimat ja pun..hehe
tapi masa p alor staq ngan peqlis tuh,best..jumpa kawan-kawan..paling tak boleh lupa,saya bawa motor ke pekan aloq staq yang mengambil masa selama 45 minit,terbakaq tangan..balik langkawi,terus cari losyen..hihi..

opsss..sebelum terlupa,saya cik liamilia nak ucap jutaan terima kasih kepada(skema gilos)adik saya yang soqang nih,Hamizan Halim sebab tolong saya perbetoi blog nih..thanx mijan..kalu harap kak kamu yang soqang nih,pakai tak eti la nak adjust benda alah tuh,,hihi

~nanak tudung bawal polkadot or yang cumil..
~nanak purse kaler ejau atau merah atau biru atau apa kaler pun tak pa,janji baru,hihi..
~nanak handbeg baru,yang besau-besau,tak nak polkadot dah,dah ada..hehe
#harap sangat tahun nih dapat hadiah camni,dan haraap sangat kakakku terbaca senarai ini..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...