Fobia

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

Sepanjang cik lia tak update,macam-macam yang cik lia alami.Ada yang buat cik lia fobia sampai hari ni..Bila tiba hari Khamis,Jumaat,badan cik lia seakan menggigil(bukan buat-buat hokeh)ketakutan.. Dua minggu lepas,hari Khamis malam cik lia kena serangan asthma,sepanjang cik lia umo 21 tahun,ini kali pertama cik lia kena serangan asthma,cik lia sangat takut..Cik lia rasa macam nak tinggal semua orang dah masa tu,cik lia panik sebab cik lia tak boleh bernafas.

Sebenarnya cik lia dah banyak hari rasa tak sedap badan,rasa nak demam,tak demam,memang rasa tak sihat ja. Dalam keadaan macam tu pun,cik lia tetap minum minuman berais,kira tak pantang langsung lar,peh tu batuk pun makin menjadi-jadi. Hari Khamis tu,masa kat tempat keja,tauke salah sebuah kedai kat situ buat kenduri,dia tapaukan cik lia makanan,peh tu ada la sayur petola,cik lia makan juga,sebab cik lia memang suka makan sayur,peh tu badan makin rasa tak sihat.Dengan rasa tak sihat tu,boleh cik lia p beli kacang cerdik a.k.a kacang pistachio sampai dua bungkus,peh tu batuk pun dah tak boleh kawal.

Balik kerja,memang cik lia dah rasa tak larat nak drive,tapi sampai je umah,cik lia amek motor dan ronda-ronda sekeliling kampung,cik lia nak lawan rasa tak sihat tu,bila malam je,cik lia borak-borak dengan kawan cik lia,kebetulan dia mai tidur kat umah cik lia,dia cuti sem,masa tu cik lia rasa macam susah nak cakap,susah nak nafas dah.Tapi...sempat pula,kami berdua pakai inai,sampai je pukui 12,kawan cik lia cakap.."Alia,mak su rasa  esok Alia kena p klinik la".
"tu la mak su,esok memang kami nak p,rasa tak sihat la"..
Peh tu kawan cik lia ni tido,cik lia pun rasa gelisah dah ni,peh tu cik lia sms kakak sulong,"kak,aku xboleh nafas la,nak bt cner ni?"
kakak cik lia balas,"tido bagi bantal tgi,xpn,cb nafas dalam plastik".
Tak sempat dah nak balas sms kakak cik lia,cik lia bangun p kat mak cik lia,"mak..tolong boh krim susu kambing ni sat",mak cik lia pun tolong boh la kat belakang cik lia..Dalam 5 minit kemudian,cik lia p lagi sekali kat mak cik lia,"mak...boleh tak kejut ayah sat,cek nak p hospital lar,cek rasa susah nak nafas ni".
Lelok mak cik lia kejut ayah cik lia,cepat ja cik lia cabut inai yang cik lia pakai,cuci,amek jeans,baju tetap baju tido yang cik lia pakai tuh,amek cardigan dan tudung,terus p hospital,sampai je Hospital,cik lia daftar dan terus masuk bilik kecemasan,masuk je,terus MA tu cek cik lia,dia cakap,saya kena bagi awak sedut gas,sila ikut saya..cik lia pun ikut dia,dia bagi cik lia duduk,tolong pasang benda alah tu kat muka cik lia,sempat cik lia tanya,bapa lama nak kena sedut gas ni,,dia cakap,dalam 20 minit,kenapa,ada orang tunggu ka??cik lia jawab,ayah..dia cakap,oh ayah,engatkan cik abang,sambil dia senyum..

Dalam pukui 2.45 a.m,cik lia sudah sedut gas tu,cik lia balik,peh tu memang cik lia rasa,cik lia la manusia yang paling sihat,sempat lagi sembang dengan kawan cik lia tu sampai tertido. Bila bangun ja,Allahuakhbar,cik lia rasa memang tak boleh nak nafas,lagi teruk dari malam tadi,cik lia dah tak boleh nak cakap pape dah,hanya mampu nangis je,mak ayah cik lia memang panik dan soh cik lia bersiap,sampai je hospital,terus masuk wad kecemasan,DR bagi sedut gas,bila dah sudah sedut gas,DR cek tahap kesihatan cik lia,dia cakap,masih tiada pape perubahan dan cik lia kena sedut gas sekali lagi.. Badan cik lia memang menggigil teruk masa tu,rasa nak pengsan semua ada,bila dah sudah,DR soh balik rehat dan cik lia pun dapat "buah tangan" yang banyak,kena makan ikut aturan masa yang tepat..

Sampai je umah,henfon cik lia,tak henti berbunyi,kawan-kawan tempat keja,tanya keadaan cik lia,kira setiap masa la depa nak tau perkembangan cik lia..Peh tu dah rasa sihat sikit,cik lia sms BFFs cik lia gtau,depa punya la risau..aww..sangat tacing k..

Peh tu,kawan-kawan tempat keja datang melawat,yang tak datang melawat,depa kol,sms,sangat terharu..
terima kasih kawan-kawan sebab amik tau pasai cik lia..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...