Disebabkan Itu

Assalamualaikum

Hari ni ada sesuatu yang membuatkan Cik lia sangat malu plus sedih..huhuhu

Tadi lepas zohor,Cik lia dengan kakak sulong dan juga anak sedara Cik lia keluar p beli sedikit barang,kira coping juga lar. Cik lia nak beli sandal.Hurmmm..lupakan pasai tu dulu,nanti Cik lia cerita lain. Sekarang Cik lia nak citer satu citer yang buat Cik lia sangat malu plus sedih.

Cik lia p popular tadi,nak cari novel baru keluar,bila Cik lia baru je nak langkah masuk dalam popular tuh,alat pengesan tuh bunyi,peh tu terus la pak guard tu serbu ke arah Cik lia,peh tu semua yang ada kat situ,tengok Cik lia,peh tu pak guard tu cakap,"takpa miss,u masuk ja"..peh tu Cik lia cakap,"ekh,pasepa bunyi ha,saya baru ja nak masuk ni",pak guard tu senyum ja..

Masa dalam popular,Cik lia cari-cari novel yang Cik lia nak tu,tapi takda,dalam dok cari tu,Cik lia perasan macam ada orang dok ikut,alih-alih,tengok pak guard tu dok ekori Cik lia,Cik lia dah rasa lain dah,tup-tup,dia minta novel yang tengah Cik lia pegang tuh,Cik lia cakap kat dia,"ekh,bak la balik novel tuh,saya nak p bayar",peh tu dia bagi balik kat Cik lia. Cik lia p la bayar novel Cik lia tu,lepas bayar,Cik lia masukkan dalam beg coping tuh,campur sekali dengan buku-buku latihan anak sedara Cik lia yang kakak sulong dah bayar tu,lelok Cik lia nak kuar dari popular tuh,alat pengesan tuh bunyi lagi,haiyakkk...Semua orang dah tengok Cik lia,pak guard tadi terus serbu Cik lia dan ambik beg coping Cik lia,masa tu dah rasa macam nak nangis dah,nangis bukan kerana takut tapi malu.Cik lia tak curi dan Cik lia tak pernah curi,mak ayah Cik lia tak pernah ajar Cik lia buat macam tuh.

Pak guard tuh bawa beg coping Cik lia ke kaunter,bawa keluar semua barang Cik lia termasuk baju yang Cik lia beli kat tempat lain tadi(ye lar kan,popular mana ada juai baju,hihihi).Dia cek semua peh tu,dia cakap,"ekh,semua dah bayar ni".Peh tu dia buat muka tak pueh hati,Cik lia pun cakap dengan agak kasar sikit,"nah,ambik handbeg saya dan cek".Dia tak nak tapi Cik lia sendiri bawa keluar semua barang-barang Cik lia dalam handbeg tu yang hanya ada 2 bijik henfon,purse,air minute maid(bukan Cik lia punya,anak sedara punya)dan juga kad parking.

Bila Cik lia bawa keluar semua tuh,muka dia terus berubah,cashier tu cakap,"miss,takpa lar,bukan salah u,mungkin ada bar kod dekat barang-barang u kot.Bagi sini handbeg miss,saya nak scan,supaya tak bunyi lagi".Lepas scan,Cik lia cakap,"kompom ke awak,takkan bunyi lagi ni,buat malu saya jer."
Dia cakap"yer miss.Takkan bunyi lagi,jangan risau k"

Memang betui,tak bunyi dah,thanks cik Cashier,tapi Cik lia dah malu,huhuhu.Lelok melangkah keluar dari popular tuh,Cik lia bawa keluar sekali lagi barang-barang Cik lia,Cik lia nak cari juga bar kod,cari punya cari,tak jumpa,Cik lia terus terfikir nak cari dalam purse yang kakak Cik lia hadiah tuh,purse tu dah lama cik lia tingin tau,last-last dapat bulan April hari tu,thanks adik sebab bagi benda yang maksu nak..Opss..Berbalik pada cerita tuh,godek punya godek,Cik lia terjumpa dalam kain yang ada brand purse Cik lia tuh..

Yang Cik lia heran tuh,Cik lia dok keluar masuk jusco or coping complex lain,takda la bunyi alat pengesan tuh,awat tah rini p popular bunyi pulak.Jadi bahan tontonan orang,mesti orang pk Cik lia mencuri kan...
Malunya............T_______T
Dan..purse tuh memang kakak Cik lia beli dan bayar dan resit tuh masih Cik lia simpan,tapi sayang,Cik lia simpan di rumah di Langkawi nu haa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...