untuk kamu berdua..my bff

Assalamualaikum...

entry kali ni sy buat khas untuk my bff NUR HASHILA MAHADZIR DAN NABILA HUDA YUSUB...
mereka berdua nih bakal melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang masing-masing..sorang ke melaka dan sorang lagi ke johor..sonok depa,berjiran negeri..bila ada masa fri,boleh lar depa bersuka ria bersama,snap pic dan tag kepada saya..auuwww..jeles..hahaha
depa ni daftar pada tarikh yang sama 3.1.2012..tak lambat dah depa nak p,sy pun terpaksa buat entry awai pasai rini last sy dengan lappy nih,tuan dia dah nak bawa balik..lappy saya masih saaakit..sabar yer sayang,tak lambat dah cek nak bawa sayang ke "hospital"..hi3..

sayang-sayangku....
jagalah diri kamu berdua elok-elok..
belajar rajin-rajin,setiap kali exam,mesti dapat skor yeah
jangan stress-stress,sentiasa tenang k
jangan lupa orang ni hah,,orang tak da rezeki nak sambung study g,huhuhu
cik liamilia doakan sayang-sayangku nih berjaya dan bahagia dunia wal akhirat
doakan cik liamilia dapat ikut langkah kamu berdua yeah,,
semoga hubungan persahabatan kita berkekalan..Amin~
saaaaaayang kamu berdua sangat-sangat,,sayang macam adik-adik sendiri dah(secara terbuka i mengaku i tua berbulan-bulan dari hampa berdua,cepat cubit pipi hampa dua kalau hampa tak caya,hahaha)

#kini,saya bersendiriandibumiLangkawi nihtanpamybff,masingmasingsudahnampakbayanganhidupmasadepandepa,gembirabuatdepadansedihmengenangnasibsendiri..T_T
moga tahun 2012 membawa kegembiraan kepada saya dan semua orang..Amin~

KAULAH HEROKU!!!!

Assalamualaikum....

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Encik sayangku...
Allah selamatkan kamu...


hari nih 21.12 genaplah usia encik sayangku yang ke-57..walaupun encik sayang dah berumur kau tetap kacak dihatiku..
saya sayang encik sayang dan puan sayang saya..tiada siapa dapat ganti tempat mereka dihati saya..saya akan terus menyayangi encik sayang dan puan sayang hingga akhir hayat saya..itu janji saya..

bagi saya,merekalah ibu bapa yang terbaik di atas muka bumi ini..

entry kali nih,saya nak fokuskan lebih kepada encik sayang saya..bukan lupa puan sayang tapi hari ni kan birthday encik sayang..

bagi saya..encik sayang merupakan ayah yang paling hensem di dunia ni..
bagi saya juga..encik sayang merupakan ayah yang paling baik hati di dunia nih,minta ja apa pun,dia akan tunaikan demi kami semua sama ada cepat atau lambat..
bagi saya lagi..encik sayang merupakan ayah yang paaaaling memahami..apabila saya ada masalah,encik sayang akan pujuk saya,bila encik sayang pujuk,mula lar saya meraung lebih kuat,sebab terharu sama..hik3
bagi saya..encik sayang merupakan ayah yang sangat rajin..encik sayang akan tolong puan sayang masak,kemas rumah,bersih dusun bila encik sayang tak busy..encik sayang lebih puas hati bila buat semua tuh dari upah orang...
bagi saya...encik sayang merupakan hero saya buat selamanya..encik sayang selalu menjadi penyelamat saya..
#banyak lagi sifat encik sayang yang saya suka,tapi saya busy sedikit,jadi dekat situ saja yang mampu saya coretkan..


terima kasih ayah kerana sabar dengan sikap kami..
terima kasih ayah kerana membesar kami dengan didikan yang secukupnya..
terima kasih ayah kerana memahami kehendak dan kemahuan kami..
terima kasih ayah kerana menjadi ayah yang terbaik di hati kami..
terima kasih ayah kerana sudi menjadi pemimpin keluarga yang terhebat..
terima kasih ayah kerana sudi jadi ayah dan suami penyayang kepada kami dan puan sayang..
terima kasih ayah kerana menjaga kebajikan kami..
minta maaf ayah kerana hanya saya sorang lagi yang masih terkial-kial mencari hala tuju saya..
minta maaf ayah kerana saya sorang ja lagi anak ayah yang masih belum berjaya..
minta maaf ayah kerana saya menghampakan harapan ayah..insyaAllah,berkat doa ayah dan mak,saya akan berjaya..
minta maaf ayah kerana saya sorang anak yang agak nakal,tapi nakal-nakal comel ja..hik3
sayang ayah sangat-sangat..
moga ayah dan mak sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA..
moga ayah dan mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Amin..

entry ni khas untuk Haji Che My bin Shafii dan juga Hajjah Hasanah binti Kamadin..

"Dia" yang TERuja

Assalamualaikum....

yeay!!!Alhamdulillah..exam STPM dah melabuhkan tirainya,tinggai nak tau result ja..takut pun ada,teruja pun ada nk tengok result nanti..

"Dia"??"Dia" yang dimaksudkan dalam entry kali nih ialah.......
SAYA!!!
saya nih meemang mudah teruja dengan sesuatu yang baru..kalau tak teruja,bukan cik milia lah tuh..hihihi
ok meh nak citer sesuatu....
lepas habis exam hari tuh,balik rumah,tukar baju,terus saya p ke jeti nak beli tiket ke kola perlis untuk esoknya..kalau tak beli tiket awai-awai kompom payah nak dapat tiket awai bila cuti sekolah macam nih..
lepas ja beli tiket,saya p idaman suri,idaman suri nih boleh diibaratkan syurga pinggan mangkuk,dari yang berjenama sampai ke tahap jenama cap ayam..saya orang langkawi pun jadi teruja bila ke situ..p situ pun sebab nak beli mangkuk dan cawan yang kakak sulong saya pesan..hari tu masa dia balik,dia malas nak beli sebab dia cakap payah nak usung naik feri bila dah ada anak..nasib baik lar dia ada adik yang baik hati nih..wakakaka
ok..esok tuh saya pun p kola perlis dan terus ke penang..sampai sana awai,sebab sampai ja kola perlis,ada orang jemput dan teeerus orang hantar umah kakak yang sulong tuh..bila lepas asar,saya,kakak yang nombor dua dan anak sedara yang hensem dan bijak nih,p jalan-jalan ke sebelah pulau,p QB,sampai ja terus g foodcourt,makan mixed fruit,beli semangkuk ja tapi kami share sesama,bukan kedekut nak beli banyak-banyak tapi takut membazir,semangkuk tu pun tak haaabis tau..lepas makan mixed fruit,kami p kehepsi,anak sedara saya lar nak ke situ,ikutkan hati nak ja ke KR atau manhattan(xtau lar eja betoi ke x,hik3)nak try fish&chip dia..lepas makan kami p popular,beli novel,buku latihan untuk anak sedara saya dan alat-alat tulis ke dia..lepas beli buku,kami p main game,main game keta,drift-drift tuh,saya main sampai pengsan pening..
di QB,saya teruja denagn dekorasi untuk perayaan hari natal nanti..teruja tuh kalah anak sedara saya..hik3
dan,dan danberapa kali dan daa yang paling buat saya teruja apabila kakak saya yang kedua nih dengan "kawan" dia bawa saya pegi makan di SEOUL GARDEN..awwwww...best weyh..ritu sebelum exam,nak p dah tapi ada orang buat majlis sambutan hari lahir anak depa,unnntong lar budak tuh,besday pom buat kat situ..
kira semalam 1st time lar saya p seoul garden tuh..masuk-masuk ja,meemang rasa nak makan sampai tak nak keluar..bila nak p situ,pastikan perut kamu semua dalam keadaan yang lapaq  tak hengat,kalu tak,rugi lar duit kamu semua..bayaq mahai-mahai,makan secubit,ruuugi,ruuugi..hik3
sup yang kami pilih,opkos tom yam yang betoi-betoi panas meletop tuh,yang menariknya,saya nih alergik dengan makanan yang mengandungi kafien,tapi semalam sya boleh makan daging perap kopi,macam tak caya..daging tuh tak da lar rasa kopi pom..paaaaling saya suka,ayam balut dengan daun pandan,memang berdozen-dozen saya tambah..
rasanya dalam seoul garden semalam,sayalah hamba Allah yang paaaling kerap tambah ayaq..almaklumlah..tom yam tuh pedas xhengat..mula-mula p situ,sya dok diam ja kt kerusi tuh,kakak dan kawan dia ja p ambik makanan,sya hanya memerhati,lepas tuh mula lar bangun dan ambik makanan yang sya suka..dah tu,bagi saya,walaupun agak mahai bagi penganggur terhormat macam saya nih,tapi meemang pueh hati lar..berjenis-jenis makanan kat situ,mee,nasi ,eskerim,eskerim Malaysia tu pun ada,budak-budak kat situ asyik ulang ambik eskerim tu saja..saya ambik eskerim mint n strawberi saja,yang strawberi nih saya buat float..
nama saja seoul garden tapi ada cendol,masa dok dengaq orang citer,tak terbayang pun ada makanan seperti cendol tuh,dok terbayang makanan korea saja..padahai tak pom..
haishhh...meeemang saya sangat teruja lar kat seoul garden tuh..lepas nih,kalu p penang lagi,meemang akan p makan lagi kat situ..
awat lar,restoran macam tu tak da kat Langkawi tu haa,lao tak,tak payah saya teruja sangat..hi3

~pagi tadi teman my mak cik ke hospital..den kami p pekan,makan-makan,minum n blah..thanx mak cik sebab belanja saya..mmmuah..sayang mak cik..
~hari nih besday my bff,NUR HASHILA MAHADZIR,happy besday cayang,,semoga berjaya dunia dan akhirat,semoga hubungan persahabatan kita bertiga kekal hingga akhir hayat..insyaAllah,,AMIN~~
~hari nih on9 chat fb,tup-tup,encikadam pom on9,hihihi..miss encikadam lar..boleh macam tuh??haha

cerita kedai milo!!!

Assalamualaikum...

cerita kedai milo??ya lar,saya tak minum kopi,jadi saya tukarkan cerita kedai kopi ke milo..sesuka hati anak kucing saya ja kan..hik3
senarnya hari nih nak citer benda yang santai-santai ja,citer yang berjela-jela,yang pelbagai tuh..
nak mula citer dengan exam STPM lar,minggu lepas sy exam ketas kesusateraan melayu moden,soalan seperti yang dijangka,ada susah dan seeenang..perkara yang seeenang tuh lar saya buat silap,sepatutnya sy tak kepal-kepalkan ketas jawapan tuh,last-last,jawapan yang dikepal tuh la betoi,nak menyesal pun tak da guna dah..perkara dah lalu,reda dan tawakal ja lar..T_T

minggu lepas juga,bumi Langkawi ada LIMA,besst sesangat,sebabnya kakak,abang ipaq,anak sedara saya balik,meemang meriah lar rumah saya ni,anak sedara saya tuh mulut macam murai tercabut ekoq,cakap ja keja dia..habis ruang tamu,ruang tengok tb,dia sepahkan,,ganas betoi,tapi tu lar yang kami saaayang..hik3
saya p tengok lima masa sehari sebelum hari terakhir,kami p enam orang,kakak-kakak sya,saya,abang ipaq,anak sedara saya dan anak jiran saya..kami p awai,dan masuk awai dari orang ramai,sebabnya encik sayang kami dapat pass,untuk masuk sekali dengan vvip,,sya dapat jumpa sultan johor serta anak-anaknya yang hensem tuh,hik3,menteri pertahanan dan juga timb.ketua polis negara kalu tak silap,nak amek gambar dengan depa,tapi tak ada keberanian lar..sapa lar saya nih kan..hik3


next,macam kat klinik plak,hik3 semalam saya dengan kakak saya yang nombor dua nih kami p saloon,p servis rambut kami ni haa,hampir lima jam kami kat saloon tu haa..masa amoi tuh buat rambut saya,mau sabar la dia,saya tak dok diam,rasa rimas la ekh dia dok main pala ni ha..paling best masa dia dok main kat pala ni haa,dia urut pala ngan badan,hilang stress lar..nak p lagi lar lam 2 minggu lagi,nak kena minta sponsor kat puan saayang la pulak..hik3..encik sayang pom boleh sebab dia pom macam suka ja dengan imej terbaru anaknya yang bongsu ni haa..wakakaka...

ok,citer yang seterusnyawoah,skema la weyh...lately nih,saya dan kakak saya suka cuba resepi baru,makin mengembang kami berdua ni haa..semalam lepas balik dr saloon,kami buat lagi popia pisang chesdale dengan wantan,semalam kira menjadi la juga,puan dan encik sayang macam pueh hati,bahagia lahai hati kami berdua ni haaaa..makin semangat kami nak cuba resepi terbaru..malam ni kami nak buat mee kari pulak,untuk juadah berbuka puasa..haaaarap-haaaarap menjadi..Amin~
pagi tadi kami hanya sahur dengan air horlicks cereal,air masak dan dua keping biskut..

**makin berkobar-kobar nak cuba pelbagai resepi lepas habis exam esok ni haaa...




Tidak mampu untuk meluahkannya

Assalamualaikum....

hari ni semua orang teruja dengan LIMA,saya ja kurang siikit sebab....
ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya,campur dengan exam lagi,terasa mau teriak,melalak sorang-sorang..

hal yang menggangu fikiran saya tuh,membuatkan saya terfikir,mungkinkah "dia" berubah kerana "dia" tidak pernah melalui saat-saat yang manis seperti itu sebelum nih..nak kata "dia" berubah kerana "dia" sudah berjaya,tak,sebab boleh dikatakan,"dia" sudah berjaya sudah lama.."dia" berubah sejak akhir-akhir nih,sejak lima enam bulan lepas..saya rasa,meemang tepat sangkaan saya.."dia" berubah kerana hal itu..

macam mana saya nak bagi "dia" sedar yang "dia" sudah berubah terlalu jaaaauh..macam mana saya nak buat bagi "dia" sedar yang saya sedih dan kecewa dengan sikap "dia"...

saya nak "dia" yang dulu,yang perangai macam dulu..saya tak suka dengan perangai "dia" yang macam sekarang nih.......

~saya sedih dengan sikap "dia"..T_T
~"dia" antara orang yang paliiing deeekat dalam hidup saya...hmmm

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 2011

Assalamualaikum...

semalam saya exam sastera tradisional dari pukul 8 sampai pukul 11..masa nak masuk dalam kelas,memang rasa gementar seyh,takut semua ada lar..macam-macam bermain di fikiran,takut benda yang baca tak hengat lar,takut terlupa steps nak jawab,macam-macam lar..tambah pulak dengan keadaan diri yang xbapa ok semalam,lebih kurang ko lar,yer la,satu malam tak dapat tidoq,mula-mula susah hati buku nota yang pelbagai khazanah hilang,elok terlelap,anak jiran yang selalu tidoq dengan saya tu mengigau tak tentu pasal,terkam naik atas badan saya,ghoper nak cekik saya,saya dah terkejut,nak lari,siku sebelah kanan tergesel kat dinding,luka,macam tangan mat rempit dah,huhuhu..masa nak jawab exam agak sakit ler sebabnya tempat yang luka tuh bergesel dengan baju,perit weyh..
masa jawab exam,kira-kira dah separuh masa dah,sya angkat kepala,nak bagi ilang rasa tegang nih,ternampak sorang student form 6 taun ni,senang lenang ja tidoq,patut la masa saya p belajaq ritu,cikgu-cikgu saya cakap,students taun ni beza saangat dengan taun kamu,,,
walaupun taun kami banyak yang nakai-nakai,bersifat keanakan,kami dengaq lagi cakap cikgu kami..bila saya tengok dengan mata sendiri,meemang betoi,,bila result jatuh,mula lar orang atasan nak pertikai cara cikgu tuh mengajaq,bagi saya lar kan,pihak atasan jangan salahkan cikgu tersebut,bagi saya,punca result exam jatuh,berpunca dari diri pelajar sendiri..sebab..bagi saya,,cikgu-cikgu meemang semangat dan ikhlas semasa p&p,depa dah habis-habisan menyampaikan ilmu..selebihnya terletak pada diri pelajar sendiri,sama ada nak manfaatkannya atau tak..
ok,berbalik pada citer exam sastera,ramai yang berpendapat,katanya soalan semalam tuh susah,tapi bagi saya,macam senang siiikit dari taun saya,,dan saya saaangat jeles kat pelajar form 6 taun nih,terutamanya dari negeri KEDAH DAN KELANTAN,soalan taun ni nak sama dengan soalan percubaan dari dua negeri nih..Jom kita tengok soalan apa yang keluaq semalam

BAHAGIAN A
1.sastera epik(lebih kurang sama dengan soalan trial KEDAH)
>>soalan nak,2 jenis sastera epik,4 ciri dan 3 kesan dari perwatakan wira epik
2.kesetiaan rakyat terhadap raja penting dalam menstabilkan negara
>>soaln nak,3 kepercayaan dan 4 gambaran kesetiaan rakyat kepada raja(lebih kurang soalan trial KELANTAN)

BAHAGIAN B
3.keistimewaan teks  SS terletak pada isi dan tujuan isi.jelaskan pernyataan dan kemukakan contoh
4.petikan dari ss
>>soalan minta jelaskan 2 peristiwa yang membawa kepada petikan dan tiga phatos yang timbul dari petikan.

BAHAGIAN C
5.petikan dari 'HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
>>nama orang tua dalam petikan dan 4 peristiwa sebelum dan empat peristiwa selepas petikan
6.Bincangkan lima sifat yang perlu ada pada diri seorang raja seperti yang terdapat dalam teks "Bustan al-Salatin(Bab III Fasal 2).

BAHAGIAN D
7.gurindam berlapis
>>soalan nak jenis puisi,3 unsur positif,5 perbuatan berunsur negatif
8.nazam ajal(sama dengan trial KEDAH)
>>soalan nak jenis puisi,4 struktur binaan puisi dan 4 maksud puisi dan kesan pada diri kita..

~saya jawab soalan semua nombor genap,,doakan saya lulus dengan cemerlang k..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...