Disebabkan Itu

Assalamualaikum

Hari ni ada sesuatu yang membuatkan Cik lia sangat malu plus sedih..huhuhu

Tadi lepas zohor,Cik lia dengan kakak sulong dan juga anak sedara Cik lia keluar p beli sedikit barang,kira coping juga lar. Cik lia nak beli sandal.Hurmmm..lupakan pasai tu dulu,nanti Cik lia cerita lain. Sekarang Cik lia nak citer satu citer yang buat Cik lia sangat malu plus sedih.

Cik lia p popular tadi,nak cari novel baru keluar,bila Cik lia baru je nak langkah masuk dalam popular tuh,alat pengesan tuh bunyi,peh tu terus la pak guard tu serbu ke arah Cik lia,peh tu semua yang ada kat situ,tengok Cik lia,peh tu pak guard tu cakap,"takpa miss,u masuk ja"..peh tu Cik lia cakap,"ekh,pasepa bunyi ha,saya baru ja nak masuk ni",pak guard tu senyum ja..

Masa dalam popular,Cik lia cari-cari novel yang Cik lia nak tu,tapi takda,dalam dok cari tu,Cik lia perasan macam ada orang dok ikut,alih-alih,tengok pak guard tu dok ekori Cik lia,Cik lia dah rasa lain dah,tup-tup,dia minta novel yang tengah Cik lia pegang tuh,Cik lia cakap kat dia,"ekh,bak la balik novel tuh,saya nak p bayar",peh tu dia bagi balik kat Cik lia. Cik lia p la bayar novel Cik lia tu,lepas bayar,Cik lia masukkan dalam beg coping tuh,campur sekali dengan buku-buku latihan anak sedara Cik lia yang kakak sulong dah bayar tu,lelok Cik lia nak kuar dari popular tuh,alat pengesan tuh bunyi lagi,haiyakkk...Semua orang dah tengok Cik lia,pak guard tadi terus serbu Cik lia dan ambik beg coping Cik lia,masa tu dah rasa macam nak nangis dah,nangis bukan kerana takut tapi malu.Cik lia tak curi dan Cik lia tak pernah curi,mak ayah Cik lia tak pernah ajar Cik lia buat macam tuh.

Pak guard tuh bawa beg coping Cik lia ke kaunter,bawa keluar semua barang Cik lia termasuk baju yang Cik lia beli kat tempat lain tadi(ye lar kan,popular mana ada juai baju,hihihi).Dia cek semua peh tu,dia cakap,"ekh,semua dah bayar ni".Peh tu dia buat muka tak pueh hati,Cik lia pun cakap dengan agak kasar sikit,"nah,ambik handbeg saya dan cek".Dia tak nak tapi Cik lia sendiri bawa keluar semua barang-barang Cik lia dalam handbeg tu yang hanya ada 2 bijik henfon,purse,air minute maid(bukan Cik lia punya,anak sedara punya)dan juga kad parking.

Bila Cik lia bawa keluar semua tuh,muka dia terus berubah,cashier tu cakap,"miss,takpa lar,bukan salah u,mungkin ada bar kod dekat barang-barang u kot.Bagi sini handbeg miss,saya nak scan,supaya tak bunyi lagi".Lepas scan,Cik lia cakap,"kompom ke awak,takkan bunyi lagi ni,buat malu saya jer."
Dia cakap"yer miss.Takkan bunyi lagi,jangan risau k"

Memang betui,tak bunyi dah,thanks cik Cashier,tapi Cik lia dah malu,huhuhu.Lelok melangkah keluar dari popular tuh,Cik lia bawa keluar sekali lagi barang-barang Cik lia,Cik lia nak cari juga bar kod,cari punya cari,tak jumpa,Cik lia terus terfikir nak cari dalam purse yang kakak Cik lia hadiah tuh,purse tu dah lama cik lia tingin tau,last-last dapat bulan April hari tu,thanks adik sebab bagi benda yang maksu nak..Opss..Berbalik pada cerita tuh,godek punya godek,Cik lia terjumpa dalam kain yang ada brand purse Cik lia tuh..

Yang Cik lia heran tuh,Cik lia dok keluar masuk jusco or coping complex lain,takda la bunyi alat pengesan tuh,awat tah rini p popular bunyi pulak.Jadi bahan tontonan orang,mesti orang pk Cik lia mencuri kan...
Malunya............T_______T
Dan..purse tuh memang kakak Cik lia beli dan bayar dan resit tuh masih Cik lia simpan,tapi sayang,Cik lia simpan di rumah di Langkawi nu haa..

Nasi goreng Ikan Bakar

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa tau..ekekeke

Hari ni cik lia sekadar nak kongsi resepi juadah berbuka puasa  pada hari ni. Cik lia dah tatau nak makan apa,jadi cik lia masak simple ja..

Cik lia masak nasi goreng Ikan bakar.Tetiba rasa yang ni mudah masak dan memang cik lia tingin nak makan banyak hari dah.Nak masak hari sebelum-sebelum ni tak boleh sebab abang ipar Cik lia ada,kalau dia ada mesti nak masak yang vavavom punya..Ye lar,dia p kursus makan makanan yang tak bapa best macam kat umah ni ha..

Ok..meh sini cik lia nak habaq macam mana nak buat nasi goreng ikan bakar..

Bahan-bahan:
Nasi(dah nama pun nak buat nasi goreng,mesti guna nasi,takkan nak guna mee pula kan??)
Ikan bakar(selalunya guna ikan yang banyak isi,tadi cik lia guna ikan tongkol,amek isi dia ja tau)
Bawang merah(1 ulas ja)
Bawang putih (4 ulas)
Cili padi(4 biji,kalau nak pedas lagi,tambah lagi cili tuh)
Sedikit belacan
Lobak merah
Kacang Panjang
Garam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan,cili padi dan garam sampai lumat..Kemudian,panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.Apabila bahan yang ditumis tadi sudah kekuningan,masukkan isi ikan yang telah dicarik-carikkan.Bila dah gaul sebati,masukkan nasi dan lobak merah dan kacang panjang.Bila nasi tadi dah mula keluar asap(bukan asap yang hangus tu hokeh)yang kecik-kecik tu,itu tandanya nasi goreng dah siap masak..
#Boleh dimakan dengan ikan goreng dan timun.

Simple ja kan??Resipi ni sangat sesuai untuk orang single macam Cik lia ni..hihihihi

Hari Tiada Kerja

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari kelapan umat Islam menjalani ibadah puasa. Mesti dah ramai sibuk nak buat persiapan raya kan?? Semalam masa Cik lia keluar jejalan seharian,ramai betui orang memenuhi coping complex,jenuh juga nak cari parking,memang menguji kesabaran lar.

Semalam Cik lia keluar jejalan dengan kakak cik lia yang nombor dua tuh,kakak yang sulong tak nak join sebab dia letih. Ye lar,kena keja shif malam,dia cakap ramai yang sakit..Hmmm..Bulan posa ni kena lar jaga kesihatan sama k..

Pada mulanya,kami dua nak p cari baju melayu untuk ayah cik lia,cari punya cari,tak jumpa kaler yang kami cari tuh,yang jumpa baju-baju cik lia..Cik lia tak rancang pun senarnya nak beli baju semua tuh,tah tetiba ja mata jadi gelap,main angkut ja,nasib baik kakak cik lia ni baik hati,dia belanja cik lia,,banyak juga tuh,kalau mak cik lia dapat tau,mau bising gak tuh..hihihi..Terima kasih adik(panggilan untuk kakak cik lia),lain kali belanja lagi hokeh..kehkehkeh

Baju-baju yang cik lia beli semua besar-besar..Masa beli tuh,Cik lia main amek ja,sebab selalu beli saiz tuh,balik umah nak hantar barang dan berbuka,sempat cik lia test baju,memang nampak baju tuh besar sangat,takkan dah kurus kot,hahaha..

Lepas berbuka dan selesai semua yang wajib,misi kami diteruskan,mencari baju melayu,banyak juga butik yang kami terjah,payah betoi nak cari baju melayu yang kena dengan tema tahun ni..adess..penat..Last sekali,dalam pukui 11.30 malam,jumpa juga baju melayu,yang kemas jahitan yang bertepatan dengan kaler tema..Nasib baik,tergerak hati nak buang masa di kiosk yang dibuka sempena Ramadan dan Syawal di Bertam..

muka yang teruja nak coping 


bila pangai gila-gila dah mai
Sekarang tinggai nak cari sandal or pape yang berkaitan yang kaler koning atau biru..Rasa macam nak suruh kakak sulong belanja ja..hahaha..Bahagianya hati bila orang belanja..<3

Semalam memang cik lia rasa hari paling cik lia takda keja,jejaln dengan senang hati,balik rumah,abang ipar cik lia dah sudah masak..hihihi

~Ni entry pertama yang cik lia bawa masuk gambaq..8)
~Lagi enam hari nak balik rumah..hoyehhh!!!

Fobia

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

Sepanjang cik lia tak update,macam-macam yang cik lia alami.Ada yang buat cik lia fobia sampai hari ni..Bila tiba hari Khamis,Jumaat,badan cik lia seakan menggigil(bukan buat-buat hokeh)ketakutan.. Dua minggu lepas,hari Khamis malam cik lia kena serangan asthma,sepanjang cik lia umo 21 tahun,ini kali pertama cik lia kena serangan asthma,cik lia sangat takut..Cik lia rasa macam nak tinggal semua orang dah masa tu,cik lia panik sebab cik lia tak boleh bernafas.

Sebenarnya cik lia dah banyak hari rasa tak sedap badan,rasa nak demam,tak demam,memang rasa tak sihat ja. Dalam keadaan macam tu pun,cik lia tetap minum minuman berais,kira tak pantang langsung lar,peh tu batuk pun makin menjadi-jadi. Hari Khamis tu,masa kat tempat keja,tauke salah sebuah kedai kat situ buat kenduri,dia tapaukan cik lia makanan,peh tu ada la sayur petola,cik lia makan juga,sebab cik lia memang suka makan sayur,peh tu badan makin rasa tak sihat.Dengan rasa tak sihat tu,boleh cik lia p beli kacang cerdik a.k.a kacang pistachio sampai dua bungkus,peh tu batuk pun dah tak boleh kawal.

Balik kerja,memang cik lia dah rasa tak larat nak drive,tapi sampai je umah,cik lia amek motor dan ronda-ronda sekeliling kampung,cik lia nak lawan rasa tak sihat tu,bila malam je,cik lia borak-borak dengan kawan cik lia,kebetulan dia mai tidur kat umah cik lia,dia cuti sem,masa tu cik lia rasa macam susah nak cakap,susah nak nafas dah.Tapi...sempat pula,kami berdua pakai inai,sampai je pukui 12,kawan cik lia cakap.."Alia,mak su rasa  esok Alia kena p klinik la".
"tu la mak su,esok memang kami nak p,rasa tak sihat la"..
Peh tu kawan cik lia ni tido,cik lia pun rasa gelisah dah ni,peh tu cik lia sms kakak sulong,"kak,aku xboleh nafas la,nak bt cner ni?"
kakak cik lia balas,"tido bagi bantal tgi,xpn,cb nafas dalam plastik".
Tak sempat dah nak balas sms kakak cik lia,cik lia bangun p kat mak cik lia,"mak..tolong boh krim susu kambing ni sat",mak cik lia pun tolong boh la kat belakang cik lia..Dalam 5 minit kemudian,cik lia p lagi sekali kat mak cik lia,"mak...boleh tak kejut ayah sat,cek nak p hospital lar,cek rasa susah nak nafas ni".
Lelok mak cik lia kejut ayah cik lia,cepat ja cik lia cabut inai yang cik lia pakai,cuci,amek jeans,baju tetap baju tido yang cik lia pakai tuh,amek cardigan dan tudung,terus p hospital,sampai je Hospital,cik lia daftar dan terus masuk bilik kecemasan,masuk je,terus MA tu cek cik lia,dia cakap,saya kena bagi awak sedut gas,sila ikut saya..cik lia pun ikut dia,dia bagi cik lia duduk,tolong pasang benda alah tu kat muka cik lia,sempat cik lia tanya,bapa lama nak kena sedut gas ni,,dia cakap,dalam 20 minit,kenapa,ada orang tunggu ka??cik lia jawab,ayah..dia cakap,oh ayah,engatkan cik abang,sambil dia senyum..

Dalam pukui 2.45 a.m,cik lia sudah sedut gas tu,cik lia balik,peh tu memang cik lia rasa,cik lia la manusia yang paling sihat,sempat lagi sembang dengan kawan cik lia tu sampai tertido. Bila bangun ja,Allahuakhbar,cik lia rasa memang tak boleh nak nafas,lagi teruk dari malam tadi,cik lia dah tak boleh nak cakap pape dah,hanya mampu nangis je,mak ayah cik lia memang panik dan soh cik lia bersiap,sampai je hospital,terus masuk wad kecemasan,DR bagi sedut gas,bila dah sudah sedut gas,DR cek tahap kesihatan cik lia,dia cakap,masih tiada pape perubahan dan cik lia kena sedut gas sekali lagi.. Badan cik lia memang menggigil teruk masa tu,rasa nak pengsan semua ada,bila dah sudah,DR soh balik rehat dan cik lia pun dapat "buah tangan" yang banyak,kena makan ikut aturan masa yang tepat..

Sampai je umah,henfon cik lia,tak henti berbunyi,kawan-kawan tempat keja,tanya keadaan cik lia,kira setiap masa la depa nak tau perkembangan cik lia..Peh tu dah rasa sihat sikit,cik lia sms BFFs cik lia gtau,depa punya la risau..aww..sangat tacing k..

Peh tu,kawan-kawan tempat keja datang melawat,yang tak datang melawat,depa kol,sms,sangat terharu..
terima kasih kawan-kawan sebab amik tau pasai cik lia..


Flower boy ramen shop & Sebenarnya,saya isteri dia

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua..
Semoga kita semua dirahmati olehNYa pada bulan mulia ni..

Lama cik lia tak update,bukan cik lia dah lupa blog ni,tapi penat bekerja membatasi segalanya..sekarang ni cik lia banyak memohon kerja di agensi-agensi kerajaan,doakan cik lia dapat nah..

cik lia sekarang ni ada di Penang,kena teman kakak sebab abang ipar cik lia p kursus,2minggu cik lia kena dok sini,berpuasa di sini..huhuhu

ok la..berbalik pada tajuk entry ni,sepanjang cik lia dok sini,cik lia rajin ikut citer korea ni ha,Flower boys ramen shop ni pada pukui 12p.m smp 1p.m..syok oo citer ni,lucu-lucu gitu..best wookk..peh tu hero-hero dia pun jambu-jambu ja..hahahaha

peh tu bila lewat malam,sebelum tido,cik lia layan novel,Sebenarnya,saya isteri dia,citer dia pun best,tak da konflik yang berat sangat macam sesetengah novel yang cik lia baca tuh,memang pueh hati dengan jalan citer dia..cik lia dok bayangkan muka hero dalam novel ni macam muka hero dalam citer korea tu ha..nama watak hero ni,Firash Arshad,dia tinggi,putih,umo 21 tahun(sama dengan cik lia,hihihi),lucu,bertanggungjawab dan sukar kawal perasaan dia..memang best la novel ni..

heroin dia pula,Syafa Aqira,cantik,tinggi tapi rendah sikit dari Firash,putih,umo 25 tahun,kelam kabut dan suka berbalas kata dengan Firash,,yang ni pun cik lia diok bayangkan orangnya cantik macam kakak Amoi Heaxa..

 citer korea dengan novel ni memang best,ada unsur humor yang menghiburkan hati cik lia bulan puasa ni,yang membuatkan cik lia tak bosan..

#tak sabar nak berbuka puasa dengan mak ayah..rindu depa sangat-sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...