SAKIT!!!!!

Assalamualaikum...

sakit??sy sakit ker??sakit perut dan sakit kepala biasa ja..xnk citer sal sy sakit la..nk cter pasal lain lar,xnk cter pasal sy..

setiap manusia akan ditimpa musibah dalam mengharungi kehidupan seharian.. kesakitan merupakan salah satu daripada musibah yg diberikan olehNYA..cuma yang bezanya sama ada kecil atau besar,teruk atau tak..

KENAPA ALLAH menurunkan kesakitan kepada kita??mungkinkah ALLAH murka kepada kita??
atau mungkinkah ALLAH sedang menghapus dosanya??
BARANGKALI ia merupakan jalan untuk sampai ke maqam tertinggi di sisi ALLAH??

Sedangkan ALLAH berfirman di dalam surah At-Taagabun,ayat 11 yang membawa maksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Menurut penceramah bebas,Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman,berkata sakit atau musibah datangnya daripada ALLAH S.W.T. Tujuannya pelbagai dan mempunyai hikmah untuk direnungi.

Menghapus dosa

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Sakit yang meninggikan darjat

Ustaz Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

>>>sama-samalah kita renungkannya..
>>>entry sy kali ini dipetik daripada artikel yg dicari dalam google..
>>>nanti nk cter pasal kawan lak..hik3
>>>tata..saaayang semua...<3 >>>As Salam~

3 comments:

sailaaf said...

good entry. n menginsafkan.

liamilia44 said...

Alhamdulillah...sekadar utk b'kongc maklumat..8)

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...