Engkaulah Segalanya

Assalamualaikum

selamat hari ibu cik lia ucapkan istimewa buat mak cik lia,kakak cik lia,ibu,umi,mama,mummy di seluruh dunia dan juga untuk bakal mak mertua cik lia..hahaha..(tetiba ja cik lia jadi gedik)

mak.....
maklah mak yang terbaik didunia nih
mak..
maklah isteri terbaik untuk ayah didunia dan akhirat kelak..
mak...
terima kasih sebab membesarkan cik lia adik beradik dengan didikan yang sempurna
mak..
terima kasih sebab menyusukan cik lia
mak..
terima kasih sebab terlalu banyak berkorban untuk kami semua
mak..
terima kasih sebab jadi kawan kami adik beradik yang baik
mak....
terima kasih sebab ajaq cik lia masak sampai masakan cik lia jadi sedap(tiba-tiba rasa saham meningkat,haha)
mak...
terima kasih sebab selalu belanja cik lia
mak...
terima kasih sebab terlalu memahami cik lia..
mak...
maaf..cik lia sorang ja lagi anak mak yang belum berjaya..mak doakan cik lia berjaya nah..
mak...
maaf...cik lia selalu buat mak marah dengan cik lia
mak...
maaf..cik lia malas sikit..hihihi

kalau nak tau,mak cik lia la wanita tercantik di hati cik lia..cik lia sayang sangat dengan mak cik lia..kekadang cik lia terfikir,ada segelintir masyarakat kita mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak sehingga menghantar mak mereka ke rumah orang-orang tua,mereka tak sayangkah kat mak mereka,cik lia heran..sebelum mereka berjaya,siapa yang membesar mereka??tak terfikirkah mereka??sedih sekali bila cik lia fikirkan semua ni..betui orang cakap,seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi mampukah sepuluh orang anak menjaga seorang ibu..
engatlah,syurga dibawah telapak kaki ibu,jangan sesekali mengingkari arahan ibu kita selagi arahan itu belum bercanggah disisi agama..

#dalam hidup cik lia..mak ayah,kakak-kakak,anak sedara cik lia merupakan orang yang terpenting bagi cik lia..bangun jatuh cik lia,mereka tetap di belakang cik lia selain bff cik lia..
apa-apa pun yang berlaku,jangan sesekali membelakangi keluarga kita..

<3 saaaaayang mak...mmmuah..hihihi
terima kasi mak atas segalanya...maklah mak cik lia dunia dan akhirat...

cerita,cerita dan cerita yang tidak pernah habis

Assalamualaikum

semalam cik lia ada kata nak cerita pasai cik lia hangin satu badan dengan pengguna nombor maxis kan??meh sini cik lia nak cerita..

sejak dua menjak ni,ada lar sorang hamba Allah yang cik lia tak kenai,asyik ganggu cik lia..bila malam ja,mesti dia akan miskol cik lia sampai bateri henfon cik lia kurang,cik lia tak tau masalah dia apa..cik lia ada kol dia,dia dengan nada yang tak bersalah,tanya cik lia ni sapa..padahal dia yang ganggu cik lia hari-hari..cik lia dah tak tau nak buat apa,nak off henfon,cik lia takut,orang lain yang ada hal nak kol cik lia,mana tau,kot ada hal mustahak ke apa..aduss..bikin cik lia hangin dan panasss saja..
cik lia dah buntu nih..geram pun ya..cik lia tak suka marah-marah,nanti muka cepat berkedut,hihihi
tapi.........dengan apa yang terjadi,memang sikit sebanyak buat cik lia marah,habis lar muka cik lia berkedut nanti..haishh..kalau cik lia jumpa tau dia sapa,cik lia nak suruh dia p beli produk yang anti-penuaan,hihihi

oh ya,hari Ahad yang lepas,cik lia dah masuk kerja,masih buat part time,cik lia cuti seminggu,cik lia p melawat kakak-kakak cik lia di Pulau Pinang,best sangat,rasa hilang rindu kat depa tau..
masa hari cik lia masuk keja,cik lia dapat ole-ole dari KOREA,bukan dekat wooo,dari korea tuh,antara tempat yang cik lia teringin nak p,kalau ada rezeki,apa salah kalau kita melawat tempat orang kan..cik lia langsung tak jangka,kakak kedai sebelah tuh teringat juga kat cik lia..rasa terharu sangat,masa dia bagi,terus cik lia kiss pipi dia,hehehe,cik lia akan bertindak macam tuh bila cik lia  terharu dan gembira sangat..kalau nak tau kan,cik lia dulu,anggap,kakak-kakak kedai sebelah sombong,padahal,depa meeemang terbaik lar,sekarang nih cik lia dah manja habis dengan depa,ni depa baru balik dari Thailand pula,baru ja baru balik dari Korea,p Thai pula,untung lar depa boleh p merata,,jeles cik lia tau..hihihi

sekarang kan,cik lia dapat hobi baru,cik lia nak kumpui pemotong kuku tuh,alahai..tak sabaq nak cari yang comei-comei dan unik..nanti cik lia ada peluang,cik lia nak p cari..idea nih tercetus dari kakak kedai sebelah juga lar,dulu masa adik dia kawen,dia bagi kat cik lia pemotong kuku juga,orang lain semua dapat beg untuk simpan duit syiliing tu,cik lia ja yang dapat pemotong kuku..ni dia p Korea,dia beli cik lia pemotong kuku juga,jadi..cik lia nak start kumpui dah,rasa macam menarik ja..kalau orang bagi,macam best lagi kan,jadi..wahai sahabat-sahabat baik cik lia,sila bagi cik lia pemotong kuku kat cik lia nah,yang belum diguna lagi tau..kehkehkeh

ok lar..cik lia nak baca novel jab,tajuk Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah yang kelima..tebai ooo.1057 muka surat,caya lar..tak tau lar cik lia nak baca berapa lama pula,lately nih kesihatan cik lia agak terjejas..macam-macam ubat cik lia kena makan sekarang..doakan cik lia cepat sembuh ok..

lots of love,
cik liamilia






TAHNIAH,TAHNIAH,DAN TAHNIAH

Assalamualaikum...

cik lia nk ucapkan tahniah kepada my sis a.k.a my bff NUR AFIQAH MOHD PUZI...
tahniah sayang..tahniah..dah konvo dah pun..rasa macam baru ja u masuk UPSI..tak sangka dah tiga tahun kan u..sungguh cepat masa berlalu..tetiba ja rasa diri ini dah tua sangat..hiihi

cik lia rasa sedih sangat sebab cik lia tak berada dengan kawan baik cik lia hari ni. dulu,KAMI selalu cakap,kalau da hari istimewa kita berdua,dua-dua wajib ada..tapi bila tiba hari istimewa u hari ni,cik lia tak dapat hadir..minta maaf sayang..

apa-apa pun,cik lia tumpang gembira dengan kejayaan kawan baik cik lia yang sorang nih.
lagi gembira apabila tengok gambar-gambar konvo u..dan.........bila tengok dua keluarga bersatu,awwww...lagi bertambah gembira plus plus plus bahagia..haishhhh...tak sabaq rasa hati ni nak makan nasi minyak kawan paaaaling baik cik lia nih..hehehe

u......
u look so gojes la sayang bila u pakai baju tuh..saaaangat cantik..rasa macam dah boleh nikah terus dah tuh..hihihihi..kaler hijau tuh meeeeeemang sesuai sangat dengan u..cantik sangat la..tak leh nak gambarkan..pandai u pilih kaler..dan cik lia pasan sesuatu tau,necktie ur bulat,sama kaler dengan baju u..rancang ekhh??shuuuuker..shuuuker..cik lia harap sangat u dan bulat bersatu satu hari nanti..dan cik lia nak jadi orang penting masa tu..boleh tak??hehehe..tetiba ja cik lia nak menyibuk hal orang..ntah pape..hahaha

#wahai cik fieka~~i nak gambar u yang telah dicuci..i nak simpan dalam purse.. :-)
#menitis air mata gembira plus sedih bila tengok gambar-gambar bff cik lia konvo semalam..
#cik lia ngah hangin dengan pengguna nombor maxis yang sorang tuh...nanti cik lia citer hokeh??
#tetiba cik lia terpikir nak buat kejutan untuk seseorang..hhehehe..mudah-mudahan,menjadi la yer..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...