SAKIT!!!!!

Assalamualaikum...

sakit??sy sakit ker??sakit perut dan sakit kepala biasa ja..xnk citer sal sy sakit la..nk cter pasal lain lar,xnk cter pasal sy..

setiap manusia akan ditimpa musibah dalam mengharungi kehidupan seharian.. kesakitan merupakan salah satu daripada musibah yg diberikan olehNYA..cuma yang bezanya sama ada kecil atau besar,teruk atau tak..

KENAPA ALLAH menurunkan kesakitan kepada kita??mungkinkah ALLAH murka kepada kita??
atau mungkinkah ALLAH sedang menghapus dosanya??
BARANGKALI ia merupakan jalan untuk sampai ke maqam tertinggi di sisi ALLAH??

Sedangkan ALLAH berfirman di dalam surah At-Taagabun,ayat 11 yang membawa maksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Menurut penceramah bebas,Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman,berkata sakit atau musibah datangnya daripada ALLAH S.W.T. Tujuannya pelbagai dan mempunyai hikmah untuk direnungi.

Menghapus dosa

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Sakit yang meninggikan darjat

Ustaz Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

>>>sama-samalah kita renungkannya..
>>>entry sy kali ini dipetik daripada artikel yg dicari dalam google..
>>>nanti nk cter pasal kawan lak..hik3
>>>tata..saaayang semua...<3 >>>As Salam~

SENYUM :))

Assalamualaikum...

hurmmm..pa kaitan tjuk entry sy hr ni dgn sy yerh..nk tau x,kalu xnk tau,kn tau juga..xkira..(amboiii Amilia,paksa org nmpk,hik3)
hr ni sy asa nk senyum je spjg hr..da sebab dia tau..
sebabnya....
Imam Muda Amar dah approve sy jadi kwn dia(amai lg dia app kwn dia kt fb,sj nk syok seniri,hee)..wahhh sukanyaaaa...Alhamdulillah,bersyukur kepada DIA kerana memberi sy peluang utk sy merasai perasaan nih.
nk tau x,np sy mnt IM Amar,senarnya sy sangat kagum dgn pemuda nih,ms dia umo 8 thun,dia dah menghafaz Al-Quran..hebat btoi..peh 2 bl dia bercakap,fulamak..lembut dan mengeluarkan idea yg bernas beb..bak kata mudir @ mursyid lam IM tuh,IM Amar nih lelaki melayu terakhir kot,nk kepastian,kwn2 blh tgk ulangan IM ep9..dah la,kwn2 pn dah tau sbb np sy nk senyum..(senyum xperlu kata apa2,alamak..ternyanyi la plak,ampun ya bu..hik3)nnt sy cter lain sal IM..
Moh kita senyum amai..senyum kan sedekah,sedekahkan amalan mulia..lg 1,lao org yg da pblm tgk kita senyum,diorg akan tersenyum juga,bl diorg tersenyum,pblm yg sarat lam pala tuh dapat dileraikan>>renung-renungkanlah..

>>>tata kwn2..saaaayang anda semua..
>>>As Salam...

^TeRujA^

Assalammualaikum....

waaahhh..blog sy dah sep..thx 2 my makcik sebab tlg sy bt blog nih..
ok..meh nk gtau dlu sapa my makcik tuh..my makcik 2 kawan baik saya..kira kwn baik dunia dan akhirat lar..INSYAALLAH..dia yang bnyk mendorong sy utk bt blog ni..ni link blog dia..lalabiela.blogspot.com
rajin2,jenguk lar blog my makcik 2 yerh..
ok..balik ke pangkal jalan..ekh2,balik ke tajuk entry nih..senarnyaaa sy sgt teruja bl da blog seniri..sblm ni asyik tgk n baca blog org jer..
waaahhh!!!bagaikan mimpi nih...(Amilia,anda xmimpi hokeh,hik3)


>>>nk rilex2 jb,nk cr ilham utk bt entry lg..8)
>>>tata..
>>>As Salam <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...