Bersama mereka

Assalamualaikum..

Hari ni Cik lia p keja,tapi esok cuti balik sebab sulong balik.Bahagia-bahagia.Tadi p keja,Cik lia bawa motor,malas nak bawa keta,lelok nak sampai kat dengan epot,hujan lebat selebat-lebatnya.Habis lencun.Sampai ja kat tempat keja,tak da ruang yang tak basah,semua basah,sejukkkk...
Peh tu nak jadikan citer,mak sedara Cik lia ni tinggai kunci kedai kat kakak kedai sebelah,dia pula mai lewat,nahaiii.Malang-malang..Lebih kurang 30 minit juga la tunggu dia,sampai tudung kering.Lelok masuk dalam kedai,kemas kedai cepat,amik duit,p beli seluar,tukar seluar,balik kedai,amik baju dalam kedai,terus salin.Haaa..terus ok.Kira semua baru lar,hi3
Dah selesa,mula la tarik kerusi dan mula la aktiviti berkumpulan,berkumpulan la sangat kan,padahal berkumpul.Peh tu,mula lar,kawan-kawan kedai lain,mai tanya napa Cik lia lama tak p keja,hi3
Tapi memang enjoy dengan depa.

kakak-kakak yang best

Ok..Cik lia nak citer pula,Khamis minggu lepas keluar denagn BFF Cik lia yang awesome.Kami p makan-makan ja.Nak jadikan citer,mak sedara Cik lia minta Cik lia tolong jaga kedai jab sampai 1.30 p.m,Cik lia setuju,sebab nak keluar dengan BFF Cik lia lepas Zohor,pikul 2p.m,BFF Cik lia mai kat tempat keja dan mula gerak balik rumah Cik lia.Peh tu,Cik lia jadi kelam kabut sikit sebab orang tunggu,sampaikan cari inner pun dah tak jumpa,habis la cari,sampaikan BFF Cik lia tolong cari dalam bakul baju Cik lia,cari punya cari,rupanya mak Cik lia basuh dan ada kat penyidai,tak tau la macam mana boleh mak basuh sebab Cik lia bukan pakai lagi.Sejam juga la Cik lia bersiap.

Lepas tu kami mula gerak ke KR Jeti Kuah,dalam 15-20 minit ja,dalam keta,macam-macam cerita ada,memang best..Riuh,macam ada 30 orang ja,padahal kami 3 ja.Hihihi
Sampai ja,terus kami pilih tempat,orang agak ramai lar hari tu.Tapi tetap privacy.
Kami mula order dan mamat yang amik order tu boleh gelak bila Cik lia minta aromatic rice 2,haish adik...Napa awak gelak haa,akak lapar tau,apa pun tak makan tau dari pagi.Bila makanan dah sampai,kami makan,bergambar,menyembang,balik dan singgah beli jus karot, k.tiau sup dan rojak untuk dibawa balik.
Kira hari tu,kami tak p mana sangat pun,sebab dah lewat,sebelum pukui 7p.m kami dah kena balik hokehh..
Jom layan gambar-gambar kami..wink..wink

my mak cik yang cantik

Cik lia

Cik lia dengan Eila yang baik

Tengok gambar ni,tingat kat mamat order tuh

Eila yang super cantik

BFF

KAMI

Cik lia dengan MRS ONE







Hari Hari Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat hari raya..maaf zahir dan batin..Cik lia terlambat sikit nk wish,tapi tak pa kan..raya kan sebulan.

Tahun ni Cik lia sekeluarga memilih tema kaler pink.Ayah yang bagi cadangan.Terbaiklah ayah sebab pilih kaler febretos Cik lia..hi3

Raya tahun ni macam besa,pagi-pagi Cik lia akan bantu mak di dapur,lepas solat subuh,terus la masak nasik minyak serta lauk-lauknya.Tak banyak mana pun lauk yang kami buat,setakat sambal tumis,telur dadar,dan juga ikan masin yang sedap,mak Cik lia buat sendiri,kalau ikan masin yang beli kat kedai,Cik lia kurang gemar sebab masin yang amat.

Lepas masak,Cik lia siap-siap,letak makanan dan susun atas meja,nanti senang,orang mai,terus makan.Selalunya,kalu pagi raya,jiran-jiran Cik lia akan mai sarapan kat umah Cik lia.Jiran-jiran memang macam darah daging sendiri dah.

Bila dah sudah buat keja,Cik lia dan kakak siap-siap tunggu orang mai umah.Lepas mak yah balik dari masjid,kami sekeluarga p ziarah kubur arwah abang Cik lia,tok wan dan pak su.SEdih..sobss..
Lepas tu,kami p umah tok Cik lia,tok Cik lia ni bukan ingat apa-apa dah,kami pun dia tak kenai,yang dia kenai,bibik-bibik dia ja.Bila mai umah tok Cik lia,senang.kat situ boleh meraya dengan mak-mak sedara terus,umah depa tepi umah tok Cik lia ja.

Balik ja meraya dari umah tok Cik lia,selesaikan apa yang patut,kami dua beradik yang bertuah ni,elok ja masuk bilik Cik lia,kami tidur sampai nak dekat asar.huyooo,mengatuk kot.Kami boleh terjaga pun sebab ustazah Cik lia yang Cik lia panggil umi kol.Umi kol cakap dia kat Jeti Langkawi,dah nak balik dah pun.Umi kol sebab dia heran Cik lia tak ucap apa pun kat umi.Allahuakhbar..Cik lia terlupa,Cik lia terlupa nak ucap dan minta maaf kat semua cikgu-cikgu Cik lia.Maaf cikgu-cikguku sayang

Tengok ja jam,lahai..Cik lia terus amik tuala dan p mandi.Lepas ja asar,terus p umah BFF cik lia,Cik lala..
Mak BFF Cik lia buat mee rebus yang CiK lia suka.Sedap,tak penah jumpa mee rebus sesedap tuh.Wuik Cik lala,nanti kalu kawen,tak payah buat nasik dah,buat mee tu ja.
Cik lia makan sampai dua tambah,tak da malu dah orang,janji terubat rindu.Dah nak balik,mak BFF cik lia ni bagi duit raya dan yang terbaiknya,dapat bawa balik mee rebus tuh..weyhhhh..macam nak lompat-lompat,punya suka dengan mee tu haa...

Tahun ni raya,Cik lia p umah tok dan juga umah BFF Cik lia je lar.Nak p umah BFF sorang lagi,tak sempat,masing-masing ada keja.Last sekali,kami keluar p tempat lepak kami kat Kenny rogers.Situ ja yang best untuk kami yang suka bersembang dan suka makan ayam.Hihihihi
Nanti Cik lia citer pasai p KR tuh.. :)

pagi raya
cik sheyda bam-bam

wiz my lovely mom..dekat rumah kenduri..nak balik dah

ni gambar semalam,baru balik kenduri

bergambar dulu sebelum masuk dalam rumah,tak da kerja :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...